[VIDEO] Padu Teruk! Shin Tae Yong Arahkan Pemain B-19 Indonesia Buat Analisis Taktikal

Shin Tae-yong benar-benar seorang jurulatih yang komited dengan tugasannya di Indonesia. Sebelum ini dia pernah mengancam akan melepaskan jawatannya jika PSSI tidak mahu memberikannya kebebasan dalam menentukan tempat berlatih.

Selain daripada seorang jurulatih yang melatih para pemain Indonesia secara taktikal, Shin Tae-yong turut mengajarkan cara menganalisis perlawanan kepada para pemain dan memberikan ujian amal.

Dia berkongsi ilmu tersebut dengan pemain pemain B-19 tahun Indonesia. Dalam bola sepak, selain aspek kecergasan fizikal, kecerdasan fikiran juga penting untuk para pemain bertindak dengan bijak sepanjang masa.

Bidang analisis taktikal bukanlah perkara yang baharu dalam bola sepak. Namun dalam bola sepak moden ianya lebih kompleks dan banyak melibatkan data dan statistik.

Menerusi satu video yang dimuat naik di saluran PSSI Tv baru baru ini, Shin Tae-yong telah mengarahkan para pemainnya melakukan analisis taktikal yang dibantu oleh staf kejurulatihannya.

Para pemain B-19 Indonesia dibawa menyaksikan dan menganalisis taktikal pertemuan di antara Daegu FC vs Incoen FC dalam aksi Liga K 1 2021/2022 yang berlangsung pada 5 April yang lalu.

Para pemain mencatat nota pada kertas yang ada di tangan mereka. Sambil berinteraksi dan berbincang sesama mereka.

Apa yang dilakukan Shin Tae Yong ini menyentuh hati peminat Garuda yang menyifatkan bahawa jurulatih itu benar benar dedikasi dan komited dalam membangunkan bola sepak Indonesia.

Ianya akan menjadi ilmu yang berguna kepada para pemain agar lebih berfikiran taktikal ketika di atas padang serta untuk kegunaan mereka di masa akan datang.

Saksikan di sini:

Kisah pemain dan analisis taktikal

Di Eropah ada beberapa kisah menarik tentang pemain yang melakukan analisis taktikal mereka sendiri.

Julian Nagelsmann ketika bermain dengan skuad remaja Augsburg sangat obses dengan analisis taktikal. Bakatnya dikesan Thomas Tuchel.

Percayakah anda? Pada waktu itu juga Tuchel menjadikan Nagelsmann sebagai scouter ‘separuh masa’. Dia turut membantu dalam menganalisis pemain sasaran kelab.

Pada musim 2008/09, Nagelsmann mengakui terkejut apabila Tuchel memanggil beliau dan mengarahkannya untuk memantau dan menganalisis data pasukan yang akan ditentang mereka.

Nagelsmann membentangkan data yang dikumpul beliau dan dilaporkan kepada Thomas Tuchel. Hampir tidak ada pemain remaja di Jerman pada usia beliau melakukan tugasan ‘profesional’ itu.

Selepas berjaya membentangkan tugasan pertama, beliau seakan-akan menjadi penganalisis dan penasihat taktikal separuh masa oleh Tuchel.

“Itulah bibit-bibit awal karier kejurulatihan saya. Saya belajar banyak perkara daripada beliau (Tuchel).”

Nagelsmann kemudian bersara muda kerana kecederaan. Dia memanfaatkan ilmu analisis taktikal yang dipelajarinya daripada Tuchel untuk menjadi jurulatih.

Nagelsmann kemudian menjadi pengurus paling muda pernah mengendalikan Bundesliga. Walaupun ada yang lebih muda sebelum ini iaitu Berndt Stober yang berusia 24 tahun menguruskan FC Saarbrücken pada musim 1976 namun beliau hanya interim.

Dan kini dia menjadi pengurus kelab terbesar di Jerman, Bayern Munich dan berada dalam senarai calon pengurus kebangsaan pada masa akan datang.r

Seterusnya Filippo Inzaghi.

Shevchenko antara pemain yang pernah bergandingan Filippo Inzaghi. Sheva mendedahkan bagaimana Inzaghi sangat komited dengan analisis tentang lawannya. Itulah sebabnya dia sangat semulajadi apabila berdepan lawan di atas padang.

Paling menarik, walaupun Inzaghi dikenali sebagai king ofsaid, namun Sheva mendedahkan rakannya itu berlatih mengelak ofsaid dengan pengadil khayalannya.

“Pippo taksub dengan bola sepak. Pagi sebelum Final, saya bangun dan melihat ke luar bilik saya. Kami menginap di hotel berhampiran padang golf.”

“Saya melihat seseorang berlari sendirian, membuat beberapa gerakan dan melihat-lihat untuk melihat seolah olah apakah pengadil yang tidak meniup wisel offside. ”

“Dia berlatih menjaringkan gol dan melakukan perayaan gol imaginasinya. Orang itu adalah Pippo.”

Gennaro Gatusso juga pernah mendedahkan hal yang sama tentang Izaghi. Dengan teknologi yang terhad pada masa itu, Inzaghi banyak menoton pita video dan catatan buku untuk analisis lawannya.

Menurut Gatusso: “Inzaghi akan berusaha mendapatkan video lawan seterusnya. Dia akan mengkaji mereka sehingga sehari suntuk. Dia ‘tahu’ segala-galanya mengenai mereka.”

“Inzaghi sangat obses (taksub) untuk hal-hal seperti itu. Ramai berfikir Pippo hanya bernasib baik di dalam padang. Ianya silap. Ia kerana persediaan rapi Pippo.”

“Jika pemain tengah tidak menuruti kehendak beliau ketika latihan; contohnya jika hantaran lintang tidak tepat dari arah tertentu, Pippo akan sangat marah dan merajuk.”

“Ini kerana, ia seperti merosakkan kajiannya. Kajian Pippo melibatkan kelemahan pemain pertahanan lawan yang akan kami tentang nanti.”

BACA JUGA: [VIDEO] Lihat Taklimat Taktikal Indonesia Ketika Membuli Malaysia Dengan Intensiti Dan Kepantasan

Satu video berkenaan dengan taklimat taktikal pasukan Indonesia telah tular. Dan menariknya dalam video berapa minit itu para pemain Indonesia disuap dengan pelbagai informasi penting tentang taktikal pasukan lawan.

Tan Cheng Hoe akui Malaysia lemah lawan taktikal intensif Indonesia

Sebelum itu Tan Cheng Hoe menyatakan bahawa mereka bergelut dengan taktikal intensif pasukan Vietnam.

Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui ketidakupayaan berdepan dengan corak permainan intensiti tinggi dari pasukan Indonesia adalah faktor utama pasukannya mengalami kekalahan 1-4 kepada musuh tradisi mereka dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2020 malam tadi.

Cheng Hoe menegaskan anak buahnya gagal untuk bangkit dalam perlawanan wajib menang untuk layak ke separuh akhir walaupun beraksi dengan baik dalam 15 minit pertama, yang menyaksikan mereka berjaya membuka tirai jaringan menerusi serangan R. Kogileswaran pada minit ke-12.

Selain itu, Cheng Hoe turut memaklumkan pasukannya benar-benar terkesan dengan ketiadaan dua pemain pertahanan tengah, Kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Shahrul Mohd Saad yang disisihkan akibat kecederaan, menyebabkan pasukan itu dibolosi gol mudah dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Singapura.

“Kami tidak cukup kuat dalam situasi satu lawan satu dan kami gagal menahan pemain mereka yang sangat pantas terutama dalam transisi permainan. Secara keseluruhan, kami kecewa dengan keputusan itu dan kami perlu lupakannya untuk maju ke depan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Mengulas mengenai strategi ‘menolak’ pemain pertahanan, Dion Cools bermain di bahagian atas pada separuh masa kedua, Cheng Hoe berkata beliau mengambil risiko berkenaan demi melihat pemain kelab berpangkalan di Denmark, FC Midtjylland itu untuk membantu pasukannya menyamakan kedudukan selepas mereka ketinggalan satu gol pada separuh masa kedua.

Malangnya, Cheng Hoe berkata strategi itu ternyata memakan diri apabila gawang pasukannya ‘bocor’ sebanyak dua kali, sekali gus menyebabkan skuad negara gagal mencapai sasaran untuk mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, selepas edisi terakhir pada 2018.

Malaysia menduduki tempat ketiga kumpulan dengan enam mata daripada empat perlawanan.

Keputusan malam tadi juga menyaksikan Harimau Malaya gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan dwitahunan itu buat kali kedua sejak 2016 dalam enam penganjuran terakhir.

Ia adalah kekalahan ketiga Malaysia kepada Indonesia dalam lima pertembungan terakhir mereka di pentas Piala AFF.

Kemenangan ke atas Malaysia itu membolehkan Indonesia yang dibimbing oleh Shin Tae-yong mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan dengan kutipan 10 mata, sama seperti Vietnam yang berada di tangga kedua dengan jurang perbezaan gol.

Bekas jurulatih Kedah itu juga ternyata kecewa melihat Harimau Malaya tidak dapat membuat persiapan yang baik menjelang kejohanan itu berbanding Vietnam dan Indonesia selain berharap dapat memiliki perancangan serta strategi lebih baik untuk beraksi dalam mana-mana pertandingan pada masa akan datang.

Sementara itu, Tae-yong ternyata gembira dengan persembahan anak buahnya yang tidak panik selepas Malaysia menyumbat gol pertama perlawanan, malah terus yakin pada diri mereka sendiri yang akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan empat gol untuk meraih tiga mata, malam tadi.

Dalam pada itu, penjaring gol ketiga Indonesia yang juga pemain terbaik perlawanan, Pratama Arhan bersyukur dapat membantu pasukannya meraih kemenangan dan berikrar untuk bekerja lebih keras pada separuh akhir menentang tuan rumah, Singapura dalam usaha mara ke pentas final.

Team talk Indonesia yang power

Kemudian satu video tentang bagaimana perancangan Indonesia membuli Malaysia di atas padang tersebar.

Pertamanya, mereka mendapat tahu Tan Cheng ho akan menggunakan Dion Cools secara terus. Mana tidaknya apabila sepanjang minggu Ah Hoe meratib nama Dion Cools seolah olah pemain itu Paulo Maldini.

Indonesia gunakan kesempatan atas pemain yang baru tiba dan mereka yakin Cools akan bergelut dengan stamina selepas 30 minit permainan.

Shin Tae Yong berkata:

“Nombor 2 [Dion Cools] baru sahaja tiba, dia akan mudah letih. Main 30 pasti stamina dia akan habis.”

Seterusnya Shin Tae Yong memberikan maklumat tentang pemain mana yang mereka boleh atasi secara satu lawan satu dengan gelecekan dan pecutan.

Dia pemain tersebut ialah Junior Eldstal dan Baddrol Bakhtiar yang sangat lambat. Oleh sebab itu dalam perlawanan tersebut Ricky Kambuaya membantu rakannya untuk menekan zon 14 dan Junior Eldstal.

“Nombor 5 [Junior Eldstal] dan 8 [Baddrol Bakhtiar], mereka berdua tidak ada kepantasan. Dribble sekali, ajak mereka bersaing secara sprint, pasti akan berjaya melepasi mereka.”

Bukan itu sahaja, berbeza dengan taktikal ketika berhadapan dengan pasukan Vietnam yang kompak, kali ini mereka widen the pitch ataupun melebarkan jarak.

Mereka mensasarkan bahagian kiri dan menyatakan bahawa bahagian itu sangat mudah untuk mereka bermain cut inside kerana Rizal Ghazali sangat lemah dengan kaki kirinya ketika bertahan.

“Kita perlu bermain agak melebar [wide], sasarkan  ke bahagian kiri kerana mereka lemah di bahagian kiri dan tak boleh menggunakan kaki kiri.”

“Main secara agresif dan sasarkan ruang kosong di belakang mereka.”

Saksikan di sini:

@utdfocusid

Suasana ruang ganti Coach Shin 🔥🇮🇩 #indonesia

♬ original sound – United Focus – United Focus