Video Pandangan Pertama Batman Versi Robert Pattinson Dikecam Dari Segenap Dimensi

Gotham City bakal menerima abang Batman yang baharu. Seperti mana yang kita semua sudah tahu, Robert Pattinson merupakan Batman yang baharu ini.

Pengarah filem The Batma, Matt Reeves berkongsi pandang pertama Robert Pattinson dengan kostum Batman dalam keadaan agak gelap dan kemerahan.

Inilah pertama kali kostum Batman yang baharu itu didedahkan kepada umum, walaupun hanya sipi sipi.

Video ini juga memaparkan bahagian dada yang tertera logo Batman.

Jom saksikan video pandang pertama Batmann yang dikongsikan oleh tuan direktor itu di bawah sini:

Amacam power tak?

Kecaman dari segenap dimensi

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan trending. Namun berdasarkan pemantauan di ruangan komen, ternyata ramai yang mengecam dan menghentam serta membawang.

Tua, muda, lelaki dan wanita (kurang sikit), menggembeleng tenaga untuk mengecamnya, walaupun video itu hanya beberapa saat.

Ada yang membuat perbandingan Batman yang terbaru ini dengan yang sebelum ini.

Ramai juga yang memberikan respon. Dan mereka berbagi pandangan tentang Batman ini hanya selepas menyaksikan video tersebut.

Ada yang menganggap ini merupakan satu versi ke belakang.

Dan banyak lagi kecaman yang tak mampu untuk dihuraikan di sini. Ada yang menyatakan Batman Lego adalah Batman yang 10 kali ganda lagi bagus daripada Batman jambu ini.

Ada juga yang menganggap Robert Pattinson seolah olah seorang cosplayer yang berpakaian Batman.

Brader ni pula mengingatkan peminat Batman melakukan kecaman yang sama ketika Ben Affleck diumumkan sebagai Batman. Dan akhirnya selepas menonton, mereka memuja Ben Affleck sebagai salah seorang Batman yang padu.

 

Pandangan masing – masing kan. Nak buat macamana. Biasalah tu benda baru ni, ada yang suka dan ada yang tak suka kan?

Robert Pattinson bangga

Tahun lalu, Robert Pattinson menyatakan beliau sangat gembira kerana berjaya menjadi watak utama Batman. Beliau merupakan peminat setia Batman sejak kecil lagi.

Pattinson sangat minat dengan naskah Batman arahan Tim Burton pada 1989 dan 1992.

Ia telah menjadi sebahagian daripada masa kecil beliau, menurut pelakon yang pernah membintangi filem vampire, Twilight itu.

Ketika mendengar produksi Batman sedang mencari pelakon baharu untuk melakonnya, maka Robert Pattinson terus cuba untuk memburu tempat.

Ketika audition, Pattinson berjaya meyakinkan Reeves untuk mengambilnya. Kerana Robert Pattinson menawarkan Reeves versi Batman yang beliau mahukan.

Pattinson bertemu dengan Matt Reeves untuk menawan hati pengarah itu agar mengambilnya berlakon sebagai adiwira yang dia minati itu.

Tayang tahun depan

Penggambaran Batman sudah bermula tahun ini di London. Skrip filem kali ini adalah tulisan Reeves dan Mattson Tomlin.

Selain daripada Robert Pattinson, pelakon lain ialah Zoë Kravitz sebagai Catwoman, Paul Dano sebagai Riddler, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Jim Gordon, Colin Farrell sebagai Penguin, dan Andy Serkis sebagai Alfred.

Batman akan ditayangkan pada 25 Jun 2021. Masih jauh lagi tu.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi