Video: Pandangan True View Gol Pertama Salah vs Watford Nian Indah

Kelab yang pemurah dan penyayang, Liverpool, berkongsi dengan peminatny video gol pertama Mohamed Salah menentang Watford dalam tinjauan True View.

Ianya pasti memberikan kepuasan lebih untuk kita menonton gol tersebut.

Gol tersebut adalah berpunca daripada serangan kilat dilakukan oleh Liverpool daripada bawah.

Bola dihantar kepada Sadio Mane dan kemudian Mane melakukan hantaran ke space yang berjaya terhubung dengan Mohamed Salah.

Salah kemudian melalukan sedikit heel trick untuk cut inside dan berjaya mendapatkan ruang yang beliau kehendaki.

Dalam keadaan fasa akhir, Mo Salah berada pada kedudukan kaki lemah untuk melakukan lencongan ke hujung gawang.

Dan Salah tak teragak-agak melakukannya dengan kaki kanan. Menarik sekali apabila ia menghasilkan satu curler yang sangat dahsyat dan gol.

Ini yang video biasalah, tapi ia daripada pelbagai sudut pandangan.

Dan ini pula pandangan menerusi true View. Korang nikmatilah ia dengan lebih power. Ianya adalah rakaman daripada tactical camera, pada spidercam yang terjuntai kat Anfield tu.

Gol kedua Mohamed Salah juga menerusi heel trick. Beliau melakukan backheel nutmeg gol. Di mana backheel beliau telah menutmeg Kabesele tanpa belas kasihan.

Apa yang pasti Origi selaku Lord telah membuktikan ke-Lord-an beliau apabila sepakan miss pun boleh jadi assist. Bukan semua orang boleh melakukan miss tetapi menjadi assist.

Kau ada?

Inilah reaksi Robbo ketika melihat gol kedua Mohamed Salah itu yang merecik ibarat reaksi Wak Doyok ketika melihat Kilafairy satu ketika dahulu.

Liverpool menang 2-0 di dalam perlawanan tersebut. Dan mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.

Liverpool kini 10 mata di atas Leicester dan 14 mata di atas Manchester City.

Mohamed Salah terus membuktikan kehebatan beliau di Liverpool selaku pemain sayap prolifik. Dan kini beliau sudah mengatasi pencapaian Suarez dan Torres dengan jumlah perlawanan yang lebih rendah.

Mohamed Salah turut menjadi isntrumental penting dalam membawa pulang kejuaraan Eroph keenam ke bumi Anfield pada musim lalu.

Dan dalam aksi menentang Salzburg, beliau membantu Liverpool mara ke kalah mati dengan satu lagi gol padu.

Mohamed Salah sekarang tengah mempersiapkan diri bersama rakan-rakan dan sahabat handai beliau yang lain sempena aksi Piala Dunia Kelab 2019.

Semoga Mo Salah dan rakan-rakannya berjaya membawa pulang Piala Dunia Kelab pula kali ini.

Fokus dalam padang tu penting. Jangan terlalu yakin dan memandang rendah pasukan lawan.

Liverpool masih belum pernah menjulang Piala Dunia Kelab di dalam sejarah mereka.

Klopp serius dalam mengejar piala ini pada kali ini. Beliau sanggup membawa kesemua pemain senior ke Qatar.

Dan mengorbankan tugasan untuk Piala Carabao 2019 kepada pasukan B-23 Liverpool.

Klopp menyatakan beliau yakin pasukan muda itu akan dapat menggalas tugasan mereka dengan sebaiknya.

Pengurus B-23, Neil Critchley mengambil alih tugasan pada kali ini secara penuh.

Klopp juga berkata, beliau akan mengikuti perlawanan Piala Carabao itu di kejauhan.

Baca yang lain