[VIDEO] Panenka Benzema Membuatkan Pundit Takjub: “Kau Benar Benar Ada Telur Besi”

Penyerang sensasi Real Madrid dianggap memiliki ‘telur besi’ pada dirinya ataupun ‘balls of steel’ kerana keberaniannya melakukan panenka dalam aksi menentang Manchester City.

Kedua dua pasukan bertemu untuk urusan separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Benzema menjaringkan 2 gol untuk membantu Real Madrid mengurangkan defisit gol kepada 4-3 dalam aksi yang didominasi Man City.

Manhester City mendapat 4 gol menerusi gol awal Kevin De Bruyne. Kemudian gol Gabriel Jesus, Phil Foden dan Bernardo Silva. Untuk memastikan City menjadi pemenang dalam perlawanan ini.

Namun Real Madrid memastikan pertarungan ini masih terbuka kepada kedua dua pasukan dengan membalas 3 daripada 4 gol tersebut.

Benzema (2 gol) dan Vinicius Jr sekali lagi menjadikan mereka sebagai gandingan penting bagi Real Madrid musim ini.

Benzema yang bermain untuk kali ke-600 buat Real Madrid. Telah menunjukkan betapa tenangnya dia beraksi dalam tekanan menerusi gol daripada sepakan penalti dengan gaya panenka.

Melangkah dengan tenang, Benzema menewaskan Ederson dengan panenka yang sangat cantik di tengah tengah gawang gol.

Bukan mudah untuk pemain seperti Benzema untuk melakukannya. Kerana musim ini dia sudah gagal menyempurnakan 4 penalti. Kali terakhir menentang Osasuna dia gagal menyempurnakan 2 penalti yang diamanahkan kepadanya.

Kali ini beliau berjaya melakukannya, dan lihat reaksi Pep Guardiola:

Pundit TalkSport, Andy Cundy seolah olah tak percaya, bagaimana Karim Benzema benar benar tenang dan yakin melakukan gol itu.

Andy berkata: “Benzema, macamana kau boleh ada telur besi kat diri kau untuk buat penalti macam tu.”

Seterusnya Trevor Sinclair menjelaskan kenapa Benzema dianggap luar biasa, kerana tekanan yang beliau hadapi dalam situasi tersebut. Jarang pemain cuba melakukan panenka dalam situasi dengan tekanan seperti itu.

Trevor Sinclair menambah: “Saya rasa, jika kamu lihat penalti yang Benzema ambil pada lewat perlawanan, ianya satu situasi dengan tekanan sangat sangat besar.”

“Ini juga menunjukkan siapakah mereka [Real Maadrid] yang sebenar.”

“Kita pernah tengok penalti dengan gaya itu pada situasi yang kurang penting dan ya, kita semua bola mencubanya.”

“Untuk melakukan penalti itu pada kedudukan kamu cuba memastikan Real Madrid terus berada di Liga Juara Juara Eropah, dengan kelab mereka yang signifikan dengan pertandingan ini, serta keyakinan mereka melakukan panenka, dan [mereka seolah olah berkata] ‘ayuh, kita akan bawa pulang keputusan kurang 1 gol sahaja ke Bernabeu.”

“Ianya satu aksi yang luar biasa daripada Benzema.”

Benzema kini mencatatkan 14 gol ke atas 3 pasukan EPL setakat ini iaitu Manchester City, Liverpool dan Chelsea.

Benzema sudah pastinya menjadi salah seorang calon Ballon d’Or pada tahun ini. Benzema berada di prestasi terbaiknya untuk kelab dan negara sejak musim lalu lagi.

Penyerang antarabangsa Perancis itu kemudian menyeru agar penyokong Real Madrid memberikan sokongan padu di halaman mereka nanti.

Benzema berkata: “Kekalahan sentiasa tidak bagus. Oleh itu, kami memerlukan penyokong lebih daripada sebelum ini, tetapi kita akan melakukan keajaiban dan menang.”

Saksikan highlight perlawanan di sini dengan gol panenka Benzema yang memukau.

 

Manchester City pastinya sedar bahawa mereka perlu waspada dengan ancaman Real Madrid pada perlawanan kedua. Ini kerana sejarah membuktikan bahawa Real Madrid sentiasa memiliki aura luar biasa dalam UCL terutama sekali malam eropah di Bernabeu.

Pep Guardiola sekali lagi berusaha untuk memberikan kejuaraan UCL pertama buat pasukan Man City di dalam sejarah.