[VIDEO] Panenka Safawi Bertukar Peningka

Safawi Rasid menjadi perhatian pada hari ini selepas melakukan panenka yang bertukar menjadi pening-ka?

Panenka merupakan penalti yang dilakukan dengan singkitan atau lob yang jahat menewaskan penjaga gol.

Biasanya ia dilakukan oleh pemain yang memiliki keyakinan yang sangat tinggi. Ramai pemain termasuk Panenka sendiri telah tersemat dalam senarai penjaring panenka yang unggul.

Totti, Zidane, Messi dan Pirlo antara yang pernah melalukan panenka memukau dunia.

Sejarah panenka

Penalti Panenka – disebut panenka sahaja – adalah sempena legenda bola sepak Czechoslovak (kini Republik Czech), Antonin Panenka.

Antonin Panenka menjadi orang pertama yang melakukan penalti dengan memasukkan bola ke tengah gawang dalam kejohanan rasmi. Pemain istinewa, teknik istimewa dan hasil istimewa. Apalagi yang Panenka harapkan? Tiada ! Itu sudah serba serbi cukup.

Penalti cip tersebut dilakukan oleh Antonin Panenka pada final Euro 1976 dalam aksi Czechoslovakia vs Jerman Barat.

Pada ketika itu Antonin Panenka menjadi pelaksana penalti kelima selepas kedudukan ketika itu 4-3. Perlawanan diheret ke penalti pada masa itu selepas seri 2-2 sepanjang 120 minit.

Antonin Panenka mengambil beberapa langkah dan berlari menuju bola. Ketika ramai menjangkakan beliau akan melakukan rembatan deras, dan tidak semena mena dia melepaskan sepakan lembut / lob ke tengah.

Penjaga gol legenda Jerman Barat ketika itu, Sepp Meier, terbang ke kiri. Meier tertipu dengan muslihat itu dan hanya dapat melihat bola memasuki gawang serta pemain Czechoslovakia meraikan gelaran Eropah mereka – menepati status mereka sebagai salah sebuah pasukan pilihan.

Wartawan Perancis ketika itu menganggap penalti itu ibarat puisi dan karya seni yang indah.

Antonin Panenka menegaskan dia memang sudah berenca melakukan penalti itu walaupun berdepan dengan salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman.

Dia yakin melakukannya kerana dia telah menyiapkan teknik ini selama lebih kurang dua tahun.

“Kira-kira dua tahun sebelum Euro 1976, saya mula mempraktikkan teknik ini. Saya melakukannya untuk pertama kalinya dalam aksi persahabatan di Liga Czechoslovakia dan berjaya,” kata Antonin Panenka kepada Radio Prague.

“Sejak itu, saya bermimpi melakukannya lagi di arena berukuran Euro. Mungkin takdir Tuhan saya dapat melakukannya di final Euro. Saya yakin 100 peratus dengan bola cip saya akan menjaringkan gol,” tambah beliau lagi.

Antonin Panenka mengakui bahawa dia mula berlatih teknik penalti cip setelah selalu kalah dari penjaga gol Czechoslovak, Zdenek Hruska semasa latihan.

Menurut Panenka, Zdenek Hruska adalah penjaga gawang yang sukar ditewaskan. Dan anda perlu memikirkan sesuatu yang luar biasa untuk menewaskannya.

“Saya bertaruh Zdenek Hruska dan selalu kalah. Saya harus membayar bir atau coklat setiap kali saya gagal melakukan penalti.”

“Suatu malam, saya bangun dan memikirkan bagaimana mengalahkan Zdenek Hruska. Saya kemudian menyedari bahawa penjaga gawang mesti bertindak balas ketika penendang menghampiri bola.”

“Saya kemudian merasa lebih mudah untuk menjaringkan gol dengan membuat trik seolah-olah akan menendang dengan keras tetapi hanya menggali bola di tengah.”

“Penjaga gol pasti bergerak ketika bola ditendang dan tidak berpeluang untuk bangkit dengan teknik itu. Sejak itu, saya selalu menang berhadapan dengannya dan mendapat banyak bir dan coklat,” kata Antonin Panenka.

Ramai pemain bola sepak terkemuka di dunia pernah melakukan teknik seperti Andrea Pirlo, Francesco Totti, Zlatan Ibrahimovic, Sergio Ramos, dan tentu saja Zidane.

during the UEFA EURO 2012 quarter final match between England and Italy at The Olympic Stadium on June 24, 2012 in Kiev, Ukraine.

Antonin Panenka mengakui bahawa dia bangga melihat ramai pemain melakukannya dan namanya terpahat dalam salah satu maneuver bola sepak. Bukan mudah tahu.

Hanya yang benar benar istimewa yang dapat nama mereka diabadikan dalam sesuatu skil, misalnya Cruyff Turn, The Maradona dan sebagainya.

Panenka berkata: “Setiap kali saya melihat pemain melakukan teknik penalti di televisyen, saya sangat bangga bahawa pengulas selalu mengatakan ‘Panenka’ ketika pemain menjaringkan gol.”

“Saya juga ingat, pemain bola sepak terbaik di dunia sepanjang zaman, Pele, pernah memanggil orang yang melakukan teknik penalti itu genius atau gila.”

Bukan semua orang boleh melakukan panenka. Sebab kalau tersilap langkah ianya akan membawa padah dan aib. Ini kerana penalti itu adalah tipikal showboating.

Safawi jadi peningka

Safawi mendapat peluang untuk menambah gol JDT menerusi sepakan penalti. Namun dia memilih untuk melakukan panenka. Malang sekali panenka itu dengan mudah diselamatkan penjaga gol.

JDT seperti dijangka tidak ada masalah untuk masa ke pusingan kalah mati. Dan kali ini mereka mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 3-0 ke atas Sabah di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT di hadapan menerusi ayam tambatan mereka Leandro. Dua lagi gol JDT adalah menerusi Bergson.

Namun sebelum gol ketiga Bergson, Safawi berpeluang menambah gol untuk JDT. Dan di sinilah berlaku insiden panenka yang kurang menjadi.

Pengulas perlawanan sendiri terkejut kerana sebelum ini Safawi tidak pernah sesekali cuba melakukan skil fancy itu ketika mengambil sepakan penalti.

Saksikan di sini:

Sudah menjadi lumrah apabila sesuatu benda yang fancy seperti panenka tidak menjadi ianya akan dianggap kegagalan yang memalukan. Namun jika ia menjadi ianya akan dianggap sangat menghiburkan.

Ternyata Safawi kali ini tidak dapat memahatkan namanya selaku penjaring dengan gaya panenka.

Tak apa, cuba lagi lain kali.

Baca yang lain