[VIDEO] Pantasnya Kaki Lanzini Melakukan La Croqueta Sebelum Merembat Masuk

Manuel Lanzini melakukan gol yang tidak masuk akal. Dia melakukannya dengan teknik kawalan bola yang luar biasa.

Lanzini dengan pantas melakukan croqueta dalam kawasan sempit sebelum merembat deras bola masuk ke dalam gawang – dalam kemenangan 3-2 West Ham ke atas Palace.

Perlawanan yang sebenarnya sangat menarik dan mendebarkan. Di mana Palace hampir sahaja mengikat West Ham pada saat saat akhir sebelum. Wisel penamat.

Apa itu La croqueta?

La croqueta adalah satu skil gelecekan yang sinonim dengan Andres Iniesta. Di mana pemain akan mengawal bola dengan sentuhan kedua dua kaki dengan pantas.

La Croqueta menjadi salah satu skil penting dalam era tiki taka  di Barcelona yang ramai menggunakan pemain berpusat graviti rendah.

Gerakan ini adalah dengan melibatkan 2 kaki. Kaki yang sedang dengan bola akan menolak bola sedikit menyilang (arah selari dengan bahu) dan kaki kedua akan menolak melepasi pemain lawan.

Ianya melibatkan pertukaran arah bola untuk memanipulasi gerakan lawan yang merapati anda. Gerakan ini memang sangat baik untuk digunakan dalam keadaan ruang sempit ataupun close control.

Ianya kelihatan sangat mudah tetapi memerlukan anda melakukannya pada masa dan ruang yang tepat untuk mengelakkan anda terus dibentes pemain.

Dalam bahasa Sepanyol, La Croquette merujuk kepada penaik selera (appetizer). Biasanya, La Croquette adalah terdiri daripada keju, ayam dan juga kentang yang garing.

Jadi, perkataan La Croqueta dalam bola sepak adalah merujuk kepada, teknik untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa dihimpit pemain lawan seperti makanan yang garing.

Iniesta pernah menyatakan yang beliau banyak belajar teknik ini selepas menyaksikan seorang lagi legenda Barcelona, Michael Laudrup yang sangat gemar menggunakan teknik ini.

Berbalik kepada Lanzini, dalam aksi berdepan dengan Crystal Palace pada hari pertama tahun baru, beliau melakukannya dengan cukup lancar sekali.

Saksikan di sini:

Memang cantik gerakan tersebut. Dan selayaknya Lanzini menerima pujian melambung.

Kemenangan ini terus meletakkan anak anak buah David Moyes dalam kedudukan persaigan ke Eropah sekali lagi – sekurang kiranya untuk ke UEL.