VIDEO: Pecutan Pelesit Adama Traore Ketika Kecil

Adama Traore dikenali dengan gaya permainan lasak dan kelajuan lariannya. Beliau menjadi pemain yang mendapat perhatian daripada banyak kelab besar ketika ini.

Dalam aksi berdepan dengan Portugal semalam, Adama Traore diberikan debut untuk Sepanyol.

Dan beliau mempamerkan aksi yang memberangsangkan.

Adama berhadapan dengan ramai rakan sepasukannya di kelab. Maklumlah, Wolves kan mini Portugal di kota Inggeris.

Traore bukan sahaja berguna ketika menyerang, tetapi ketika bertahan beliau dengan pantas dan keras melakukan track back ke atas pemain lawan.

Korang saksikan dia memecut dari belakang mengejar Trincao di sini. Sangat pantas!

Adama Traore bermain 30 minit dalam aksi berkesudahan seri itu. Beliau berpeluang untuk beraksi dalam aksi kompetitif selepas ini dalam aksi kelayakan.

Di Twitter, akaun Youthtotal memuat naik video Adama Traore ketika beliau masih di akademi La Masia- Barcelona.

Adama Traore ketika itu masih kecil beliau sudah menjukkan kualitinya.

Dari kecil lagi Adama bermain dengan kelajuan dan kelincahan yang luar biasa di atas padang. Dengan mudah sahaja beliau menapau rakan sebaya dengannya di atas padang.

 

Adama Traore awalnya diletakkan harapan yang tinggi akan menjadi penggempur utama Barcelona.

Namun kariernya tidak seperti dirancang. Beliau mencari minit perlawanan di pasukan lain.

Keputusannya untuk ke Liga Inggeris ternyata tepat. Beliau akhirnya berjaya mendapatkan panggilan skuad senior Sepanyol.

 

Walaupun memiliki fizikal yang lasak dan sasa, Adama Traore mengejutkan dunia apabila beliau menyatakan beliau tidak suka mengangkat berat ketika berlatih.

Traore mendedahkan otot otot yang berketul dimilikinya adalah semulajadi. Dan beliau sendiri tidak ‘membuatnya’ dan hanya menjaganya.

Traore yang bermain untuk Wolves menjadi salah seorang pemain digeruni apabila berada dalam form terbaiknya.