Video Pelbagai Sudut Gol Origi Hasil Cushioning Padu Ketika Menerima ‘Laser Pass’ Lovren

Liverpool FC telah berkongsi semula video tayangan gol yang dijaringkan oleh Divock Origi dalam aksi menentang Everton pada peetengahan minggu. Namun kali ini versi pelbagai sudut pandangan di Anfield.

Daripada tinjauan dari atas hasil rakaman spider cam sehinggalah kamera di tepi padang anda akan menonton kembali gol ini dengan teruja.

Pemain antarabangsa Belgium, Divock Origi telah menjaringkan 2 gol yang cantik dalam perlawanan ini. Dan menariknya, kedua-dua gol beliau adalah menerusi disiplin larian lewat sebagai penyerang yang dilakukan oleh beliau.

Namun gol yang dicipta oleh Dejan Lovren kepada Origi adalah yang terbaik di antara kedua – duanya.

Gol tersebut adalah hasil kombinasi hantaran cantik / laser pass daripada Dejan Lovren dari garisan paling bawah pertahanan Liverpool – yang disambut dengan kemas oleh Divock Origi.

Lovren menggunakan visi permainan yang sangat baik. Beliau membuka visi kepada posisi rakan di hadapannya.

Dejan Lovren yang sudah melihat larian yang bakal dilakukan oleh Origi telah menunggu momen sesuai untuk melepaskan hantaran. Beliau kemudiannya melakukan satu hantaran semi vertical mengatasi garisan pertahanan akhir lawan.

Paling menarik adalah larian lewat yang yang cantik dilakukan oleh Divock Origi bagi menyempurnakan permulaan kepada binaan gol tersebut.

Divock Origi kemudia melakukan sentuhan pertama sempurna, dengan teknik cushioning yang sangat baik. Bukan senang nak cushioning bila dalam keadaan berlari.

Bola dikawal supaya tidak lari jauh daripada jangkauan untuk tindakan seterusnya.

Divock Origi kemudian melakukan rembatan sesedap rasa mengatasi Jordan Pickford. Rembatan yang tepat dan tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol.

Korang boleh saksikan semula gol tersebut hasil perkongsian oleh Liverpool FC dengan paparan dari pelbagai sisi sudut pandang.

Divock Origi terus mengukuhkan namanya sebagai salah seorang penjaring prolifik dalam derbi Merseyside.

Liverpool menang 5-2 dalam aksi derbi yang menyaksikan Marco Silva kemudiannya hilang jawatan beliau di Goodison Park.

Sadio Mane dan Xherdan Shaqiri turut berada dalam senarai penjaring.

Sementara itu dua gol Everton adalah menerusi Michael Keane dan juga Richarlison.

Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka di puncak liga dengan jurang mata besar.

Selain itu, korang boleh usha juga video untuk slot Inside Anfield yang tak pernah tak padu.

Fokus Liverpool yang seterusnya adalah perlawanan menentang Bournemouth dalam aksi EPL. Alisson akan kembali semula ke dalam pasukan selepas menjalani penggantungan 1 perlawanan.

Bulan Disember yang sibuk dan padat untuk Liverpool. Klopp melakukan penggiliran skuad dalam perlawanan menentang Everton.

Sehingga terpaksa memecahkan pasukan untuk kempen Piala Kelab Dunia FIFA dan juga Piala Carabao. Pemain B-23 akan berhadapan dengan Aston Villa pada peringkat suku akhir Piala Carabao yang akan datang.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di