Dalam aksi Bundesliga di antara Hoffenheim dan Bayern Munich, berlaku insiden kekacauan penyokong dicetuskan oleh penyokong pasukan pelawat – Bayern Munich. Atau lebih tepat, Ultras Bayern Munich.
Perlawanan tersebut dihentikan beberapa kali oleh pengadil perlawanan, yang risau dengan keadaan tersebut serta mengganggu perlawanan.
Dan pada satu ketika penyokong Bayern Munich semakin melampau dengan menaikkan banner melabel pemilik Hoffenheim, Dietmar Hopp sebagai anak sundal (SOB).
Keadaan itu membuatkan perlawanan terhenti sekali lagi. Pengurus Bayern, Hansi Flick bersama dengan Salihamidzic, Rummenigge, Kahn dan kesemua pemain Bayern pergi ke arah penyokong mereka.
Semua mereka meminta agar perkara itu dihentikan kerana ianya sangat melampau dan berbentuk hinaan.
Ketika perlawanan bersambung semula, para pemain Bayern Munich dan Hoffenheim telah memutuskan untuk tidak mahu bermain lagi.
Bayern menunjukkan solidariti mereka kepada pemilik dan juga pemain Hoffenheim.
Mereka kemudian hanya melakukan pertukaran hantaran di tengah padang untuk baki 10 minit terakhir sesama mereka (pemain Bayern dan Hoffenheim) di atas padang.
Unbelievable events in the Hoffenheim v Bayern game:
🔘 Bayern fans unveil offensive banner towards Hoffenheim owner Dietmar Hopp
🔘 Bayern players urge fans to stop
🔘 Game halted three times
🔘 Match resumes with both sets of players just passing to each other in protest. pic.twitter.com/9fBbrjVXzV
— Squawka News (@SquawkaNews) February 29, 2020
Ianya dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan sebagai tanda protes kepada sikap penyokong yang melampau. Dalam pada masa yang sama, para pemain risau dengan keselamatan di dalam stadium.
Aksi itu juga telah mendapat perhatian daripada seluruh dunia yang mahu tahu apa sebenarnya sudah berlaku.
https://twitter.com/navvidu/status/1233790438655565826?s=09
Ada yang pertama kali melihat perkara seumpama ini. Dan mereka menyatakan tindakan para pemain Bayern dan Hoffenheim itu wajar dipuji.
Itulah caranya pemain menunjukkan bahawa mereka juga ada hak untuk tidak mahu bermain jika penyokong melampau.
https://twitter.com/SaddickAdams/status/1233791890455179264?s=19
Mereka tak perlu keluar padang awal kerana ia boleh dikatakan melanggar peraturan perlawanan. Sebaliknya hanya menamatkan aksi dengan pertukaran hantaran.
Mungkin perkara yang sama boleh dilakukan oleh para pemain pasukan lain selepas ini untuk insiden yang berkaitan seperti serangan rasis.
Selepas tamat perlawanan para pemain Bayern dan juga pegawai mereka memberikan tepukan kepada pada penyokongnya Hoffenheim.
Penyokong Bayern marah dengan pemilik Hoffenheim iaitu Dietmar Hopp yang melanggar undang undang pemilikan 50+1.
Namun cara protes itu kurang disenangi oleh para pemain dan pegawai Bayern Munich sendiri. Kerana ia agak ganas dan penuh dengan kata kata kesat dan kebencian.
Bayern Munich and Hoffenheim spent the last 10 minutes of their game just talking and kicking the ball between each other. 😂🤣pic.twitter.com/F4vMvd4fcW
— Footy Humour (@FootyHumour) February 29, 2020
Para pemain turut berkumpul dan menyatakan sokongan kepada para penyokong Hoffenheim selepas tamat perlawanan.
Bayern Munich and Hoffenheim players stood together in support of Hoffenheim owner Dietmar Hopp, who was the subject of insults from travelling Bayern fans pic.twitter.com/l5ii0vpT22
— B/R Football (@brfootball) February 29, 2020
Ramai juga yang telah memuji tindakan pemain daripada kedua dua pasukan. Ini kerana m mereka sifatkan bahawa bola sepak lebih daripada sekadar sukan. Ianya juga perlu ada rasa saling hormat menghormati di antara kesemua pihak.
Dalam aksi tersebut juga, Bayern Munich berjaya memenangi perlawanan dengan skor 6-0.