[VIDEO] Pemain City Tenangkan Son Yang Menangis Teresak Esak

Son Heung Min sebak sekali selepas tamat aksi final Piala Carabao. Manchester City menang hasil jaringan tunggal oleh Aymeric Laporte pada lewat babak kedua.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, pemain pemain City kegembiraan meraikan kejuaraan piala liga yang keempat berturut turut. Menjadi piala pertama mereka musim ini dalam usaha menamatkan musim dengan treble.

Impian quadruple City sudah berakhir sebelum ini. Namun masih ada harapan bagi treble. Kerana mereka kini hanya dibezakan dengan 2 kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan liga — dan pada masa yang sama berada di separuh akhir UCL.

Ketika pemain pemain lain sedang girang gembira berlari, Phil Foden dan Ilkay Gundogan bergegas menuju ke arah Son Heung Min yang sugul dan menangis teresak esak.

Seterusnya, Kevin De Bruyne dan juga John Stones turut bersimpati dengan Son Heung Min dan memujuk pemain tersebut. De Bruyne memeluk Son Heung Min dan memberikan kata kata semangat kepada pemain antarabangsa Korea itu.

Ramai yang tumpang sedih dengan Son Heung Min dan mereka menganggap pemain itu benar benar menunjukkan keinginannya untuk memenangi sesuatu bersama kelabnya dan sangat jujur di dalam perjuangannya.

Ini bukan pertama kali Son menangis dengan teruk selepas kalah, sebelum ini Son menangis teresak esak ketika Korea Selatan tersingkir dari Piala Dunia 2018.

Selain daripada pemain pemain City tersebut, rakan sepasukannya, Gareth Bale turut cuba menenangkan Son Heung Min.

Musim ini adalah musim terbaik Son Heung Min bersama dengan Spurs. Gandingan Son dengan Kane dianggap sebagai duo yang sangat berbisa di eropah pada musim ini.

Spurs kini 13 tahun tanpa sebarang piala major. Walaupun di sepanjang tempoh itu mereka memiliki skuad yang sangat kompetitif terutama sekali pada era Mauricio Pochettino dan juga skuad yang mereka ada pada hari ini.

Adakah Son Heung Min dan Harry Kane akan terus kekal bersama Spurs selepas satu lagi musim tanpa piala?