VIDEO: Pemain Fenerbahce Menerkam Dan Menumbuk Ultras Trabzonspor

Beberapa penyokong fanatik Trabzonspor tiba tiba meluru masuk ke dalam padang melepasi petugas keselamatan, dan mereka mahu menyerang pemain pemain Fenerbahce yang sedang riang meraikan kemenangan mereka.

Penyokong bengang kerana pasukan mereka kalah 2-3 di tangan pasukan pelawat.

Bekas pemain Manchester United, Fred menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama. Namun Trabzonspor menyamakan kedudukan menerusi Enis Bardhi dan juga Trezeguet.

Penyerang antarabangsa Belgium, Michy Batshuayi menjadi wira kemenangan pasukannya dengan jaringan kemenangan minit ke-87.

Dan kini Fenerbahce hanya 2 mata di belakang pendahulu mereka Galatasaray.

Kemenangan itu jelas sukar diterima oleh ultras Trabzonspor. Dengan ada peminat mulai membaling objek masuk ke atas padang.

Selepas wisel penamat, pemain pemain Fenerbahce meraikan kemenangan mereka di tengah padang. Beberapa peminat yang dipercayai dari seksyen ultras telah masuk ke padang.

Pemain pemain Fenerbahce mempertahankan diri mereka. Dengan pemain Nigeria, Bright Osayi Samuel dilihat menerkam seorang penyokong dan membantainya dengan penumbuk.

Rakan rakannya kemudian meleraikannya sepantas kilat.

Batshuayi pula dilihat melakukan berputar / roundhouse kick ke atas seorang lagi.

 

Penjaga gol Fenerbahce, Livakovic ditumbuk di muka oleh penyokong lawan. Mert Muldur turut diserang oleh penyokong lawan.

Keadaan semakin teruk dengan semakin ramai masuk ke dalam padang. Pengurus Fenerbahce, Ismail Kartal mempertahankan tindakan pemain pemainnya. Dia berkata: “Kami tidak ada memprovokasi penyokong lawan, dan pasukan kami diserang oleh penyokong mereka.”

Kartal menegaskan pemain pemainnya terpaksa mempertahankan diri mereka terutama sekali melihat rakan mereka diserang.

Pengurus Trabzonspor, Abdullah Avci pula mengecam tindakan penyokong mereka itu yang dianggap memalukan.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Turki, Ali Yerlikaya kemudian mengesahkan bahawa dia sudah mengarahkan pihak berkuasa menyiasat insiden itu dan mengenalpasti identiti penyokong yang menceroboh padang untuk tindakan tegas.

Insiden ini menambah satu lagi episod panas yang berlaku di Liga Turki musim ini. Sebelum ini ada pemilik kelab menyerang pengadil. Seterusnya berlaku penangguhan aksi domestik yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi kerana konflik pendapat kerajaan Turki dan Arab Saudi.

Baca yang lain