[VIDEO] Pemain Ini Cetak Own Goal Paling Pelik Tahun Ini

Ze Gabriel tidak menyangka bahawa hari ini adalah hari malangnya. Dia dalam keadaan yang selesa untuk mengeluarkan bola.

Di mana bola tersebut bergolek tidak terlalu deras dan off target. Dengan sepenuh hati pemain Internacional itu menyepak bola untuk mengeluarkannya.

Apa yang berlaku adalah, bola tersebut masuk ke dalam gawang mereka sendiri. Jaringan sendiri itu membuatkan pasukannya ketinggalan 4 gol di belakang Fortaleza.

Internacional bukanlah nama asing di Brazil. Namun aksi komedi itu antara gol yang mereka lepaskan dalam kekalahan 5-1 di tangan Fortaleza.

Saksikan di sini:

 

Sangat malang sekali untuk Ze Gabriel. Harap beliau akan segera melupakannya dan bangkit.



BACA JUGA: [VIDEO] Detik Ngeri Pemain West Brom Buat ‘Long Range No Look Own Goal’

Romaine Sawyers semalam menjaringkan salah satu OG paling pelik yang epik. Di mana beliau tersumbat gol ke gawang sendiri dari luar kotak penalti dengan satu ‘blind pass’ ke penjaga gol.

Skuad bimbingan Sam Allardyce dilihat bersemangat untuk hadir ke perlawanan ini selepas menjadi pasukan pertama membawa pulang 1 mata dari Anfield musim ini.

Di mana West Brom mengikat Liverpool 1-1. Mereka kemudian menjamu kunjungan Leeds United di Hawthorns dalam usaha mereka mahu keluar dari zon penyingkiran.

Namun malangnya, hanya 10 minit aksi, mereka sudah di belakang menerusi gol sendiri Romaine Sawyer.

Pemain berusia 29 tahun itu cuba menghantar bola kepada penjaga gol Sam Johnstone selepas ditekan oleh Rodrigo.

Sawyer yang tidak melihat kedudukan Johnstone telah menghantar bola yang agak kuat ke belakang. Dan penjaga gol itu tidak mampu berbuat apa apa. Dan hanya melihat papan skor bertukar 0-1.

Sawyer sendiri terkedu melakukan OG yang sedemikian rupa. Big Sam agak bengang dengan bolos seperti itu. Para pemain Leeds meraikan gol itu dengan memuji Rodrigo di atas pressing beliau ke atas Sawyer.

Gol itu agak kejam diterima oleh peminat West Brom yang kembali bersemangat untuk melihat aksi pasukan mereka selepas mencatatkan keputusan positif berdepan juara bertahan sebelum ini.

Itu adalah pertama kali Romaine Sawyer menjaringkan gol ke gawang sendiri selepas 362 aksi beliau.

Rekod jaringan sendiri itu memang tidak diingini oleh West Brom. Kerana mereka musim ini sudah 3 kali tersumbat bola ke gawang sendiri.

Rekod tak diingini itu menyamaai rekod jaringan sendiri terbanyak dalam semusim yang pernah dicipta oleh Arsenal sebelum ini.

25% rekod jaringan oleh West Brom musim ini adalah jaringan sendiri.

West Brom tak mampu bangkit kali ini. Dan mereka terus bolos 4 lagi gol selepas OG pelik itu. Di mana Leeds menambah gol menerusi Alioski, Jack Harrison, Rodrigo dan Rapinha untuk membolehkan skuad bimbingan Marcelo Bielsa membelasah West Brom 5-0 di tempat lawan.

Kemenangan itu membolehkan Leeds menyamai mata pasukan di tangga kesepuluh, West Ham. Cuma dibezakan oleh perbezaan jaringan.

 

Baca yang lain