Ada satu kad kuning pelik dikutip di Brazil ketika aksi Gremio menentang Cruzeiro yang berlangsung di Porto Alegre, pada aksi Liga Serie A Brazil.
Penyerang Luis Suarez mendakwa dia dikasari. Dan untuk meminta perhatian pengadil bekas penyerang Liverpool dan Barcelona itu menunjukkan kasutnya tertanggal.
Ianya berlaku pada masa kecederaa separuh masa pertama.
Suarez ketika itu ditekan dari belakang oleh pertahanan lawan. Selepas dia terjatuh, Suarez menolak untuk bangkit ketika lawannya menghulurkan tangan untuk mengangkatnya.
Suarez malah kelihatan sengaja menanggalkan but dia dan menyatakan bahawa kasutnya dipijak dari belakang.
Geram dengan drama Luis Suarez itu, Marlon dari Cruzeiro telah datang mengutip dan membaling kasut itu keluar.
Suarez bangun dari padang mengadu tentang keadaan itu. Kem Gremio juga membantah sikap pemain Cruzeirense itu. Pengadil Marcelo de Lima Henrique kemudian memberikan kad kuning kepada Marlon.
Saksikan detik menyayat hati itu di sini:
Marlon jogou a chuteira do Suárez pra fora do campo kkkkpic.twitter.com/eYQJCjJOlg
— Curiosidades Brasil (@CuriosidadesBRL) August 27, 2023
Gremio menang 3-0 ke atas Cruzeiro dalam perlawanan ini.
Di mana Luis Suarez berada dalam senarai penjaring gol selain Felipe Carballo dan Pepe.
Suarez sebelum ini sudah menyatakan bahawa ini adalah musim terakhirnya bersama Gremio. Dia menamatkan kontraknya lebih awal kerana merasakan dia sudah tidak boleh bersaing dengan tempo permainan yang terlalu tinggi di Brazil untuk usianya.
Suarez sudah membayangkan dia akan bersara pada akhir musim ini. Namun terdapat juga laporan menyatakan bahawa Suarez mungkin akan menyertai Inter Miami bergandingan semula dengan Lionel Messi.