[VIDEO] Pemain Ini Dibuang Padang Kerana Tunjukkan Pengadil ‘Replay’ Guna Telefon

Hakan Arslan kini menjadi salah seorang pemain bola sepak dengan rekod kad merah paling pelik terutama sekali untuk tahun 2020.

Di mana dalam aksi Liga Super Turki, pemain Sivasspor tersebut dilayangkan kad merah kerana kad kuning kedua.

Jarak di antara kedua dua kad kuning hanyalah seminit sahaja. Menceritakan betapa tegangnya kad tersebut.

Arslan diperintah keluar padang oleh pengadil selepas pemain tersebut cuba menunjukkan bukti dengan telefon pintarnya.

Ketika perlawanan separuh masa pertama berakhir, Hakan mengambil telefon pintarnya dan menunjukkan kepada pengadil ulang tayang dan mahu membuktikan bahawa pengadil adalah silap.

Hakan Arslan menggunakan VAR versi dirinya sendiri.

Hakan tak berpuas hati kerana pengadil menyatakan bola masih di dalam permainan, sedangkan bola itu sudah keluar.

Pengadilan itu agak kontroversi, namun tak sangkalah ia menjadi sangat serius.Hakan Arslan menerima padah lebih teruk apabila pengadil melayangkan kad kuning kerana menunjukkan ulang tayang kepada pengadil.

Hakan Arslan yang marah, kemudian menghempas telefonnya dan kemudian menyepak telefon tersebut. Yang membuatkannya menerima kad kuning kedua dan diperintah keluar padang pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bermakna Arslan dilarang masuk ke padang untuk separuh masa kedua.

Dan pasukannya terpaksa bermain 10 pemain berdepan dengan pasukan tuan rumah.

Pada ketika itu Sivasspor ketinggalan 1-0. Namun selepas detik ‘gila’ Arslan yang membuatkan pasukannya bermain 10 pemain, Besiktas menambah 2 lagi gol pada separuh masa kedua.

Selepas tamat perlawanan Sivasspor menyindir Besiktas dengan memberikan emoji tepuk tangan beserta gambar pengadil serta pemain mereka.

Pengurus Sivasspor, Mecnun Otyakmaz mengesahkan bahawa kelab akan membuat rayuan di atas kad merah yang diterima oleh Hakan Arslan.

Baca yang lain