Video: Pemain Ini Guna Tackle Ragbi Untuk Hentikan Messi Sampai Terseret Dan Terguling

Segala apa jua cara dilakukan pemain Leganes untuk menghentikan bintang Barcelona Lionel Messi. Namun ianya tetap tak berjaya sehinggakan pemain itu menjaringkan gol.

Aksi memukau Messi di Stadium Camp Nou sering kali membuat para pemain Leganes hilang arah dan tak tau nak buat apa lagi.

La Pulga juga kerap menerima bentesan dan kekasaran untuk mengentikan gerakannya. Beliau dikenali dengan kepantasan ketika menggelecek dengan body feint yang mengelirukan dan sangat licik.

Sebelum ini, dalam aksi pusingan pertama, Lionel Messi menciduk beberapa pemain lawan sebelum melakukan gol.

https://twitter.com/i/status/1272411548460474369

Perkara ini masih segar di ingatan para pemain Leganes.

Messi bertubi-tubi mendapat serangan dari lawan. Dari bentesan, menarik baju, hingga memeluk badannya ketika Messi sedang mengiring bola.

Satu detik telah menjadi perhatian dunia dan tular. Di mana bek Leganes Unai Bustinza telah menggunakan cara ragbi untuk menghentikan Lionel Messi.

Bustinza memeluk Messi dan berpaut padanya. Barulah pemain itu dihentikan. Namun ianya satu faul yang jelas.

Barcelona menang 2-0, Messi dan Ansu Fati menjaringkan gol dalam aksi ini.

Kemenangan yang meletakkan Barcelona kini lima mata di atas Real Madrid. Namun Madrid masih belum turun beraksi.

Persaingan musim ini nampak lebih menarik dengan Real Madrid dan Barcelona terus berusaha untuk menjadi juara.

Real Madrid pastinya tidak mahu Barca mencatat satu lagi kejuaraan hatrik seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

Messi terus bersinar

Bintang Barcelona Lionel Messi kian meninggalkan striker Real Madrid Karim Benzema dalam pemburuan gelaran top scorer dalam Liga Sepanyol musim ini.

La Pulga berjaya menambah gol dalam aksi menentang Leganes membuatkan Messi mencatatkan gol liga sebanya 21 gol setakat 29 perlawanan.

Jumlah tersebut meninggalkan Benzema yang berada di posisi tempat kedua dalam ranking pencetak gol terbanyak La Liga dengan 14 gol.

Sebanyak 7 dari 21 gol Messi tersebut dicetak dalam lima pertandingan La Liga terakhir.

Tiga di antaranya dijaringkan pada tiga aksi terakhir, sedangkan empat yang lainnya saat mereka menang 5-0 atas Getafe pada pertengahan Februari.

Aksi Benzema di musim ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Messi. Striker dari Perancis tersebut hanya mencetak satu gol dalam lima pertandingan terakhir, ketika melawan Real Betis sebelum liga berehat.

Namun ini sudah masalah Real Madrid sejak beberapa musim sejak Ronaldo meninggalkan mereka. Mereka hilang penjaring gol prolifik yang konsisten.

Sejak tiga musim kebelakangan, top scorer Liga Sepanyol menjadi milik Lionel Messi.

Berikut adalah ranking untuk persaingan kasut emas La Liga musim ini – setakat ini:

1. Lionel Messi (Barcelona) 21 gol
2. Karim Benzema (Madrid) 14 gol
3. Luis Suarez (Barcelona) 11 gol
4. Gerard Moreno (Villarreal) 11 gol
5. Lucas Martinez (Alaves) 11 gol
6. Lucas Ocampos (Sevilla) 11 gol
7. Roger Marti (Levante) 11 gol
8. Angel Diaz (getafe) 10 gol
9. Raul Garcia (Bilbao) 9 gol
10. Ante Budimir (Mallorca) 9 gol

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan