Dalam bola sepak, aktiviti melengahkan perlawanan bukanlah perkara baru. Dan ianya sudah bertapak sejak sekian lama.
Bola sepak digelar beautiful game atapun permainan yang indah kerana di dalamnya banyak cerita indah. Semangat fairplay. Kehebatan pemain legenda dengan seni di kaki mereka.
Misalnya Zinedine Zidane, Ronaldinho, Maradona dan ramai lagi. Mereka menjadikan bola sepak ini sukan yang seronok kita saksikan dan memberikan inspirasi kepada kanak kanak untuk menjadi seperti idola mereka.
Walaupun ianya digelar the beautiful game, namun sebenarnya di dalam bola sepak juga ada banyak sisi gelap.
Antaranya tindakan tidak ada semangat kesukanan seperti melengahkan perlawanan ketika lawan terkejar kejar masa untuk mendapatkan jaringan.
Ianya tindakan yang memang tiada semangat kesukanan namun masih dikira taktikal ‘dark art’ dalam bola sepak.
Dark art ini juga antara seni yang banyak membantu pasukan yang dianggap bukan pilihan atau pasukan kerdil mengejutkan lawan mereka. Walaupun harus diakui ianya memang bukan seni yang digemari atau dihargai semua orang.
Apabila dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi sangat berkesan mencekik nyawa lawan pada saat-saat yang sukar dan genting. Misalnya Denmark menjadi juara Euro dengan taktik melengahkan perlawanan dengan memanipulasi peraturan hantaran pemain kepada penjaga gol.
Bagi pasukan yang sedang mengejar waktu, tindakan lawan mereka membuang masa dang melengahkan perlawanan bukanlah perkara yang boleh diterima.
Pengadil berhak untuk melayangkan kad kuning kepada pemain yang melengahkan perlawanan kerana tindakan tiada semangat kesukanan. Sama macam kau celebrate sambil buka baju.
Namun di Liga Divisyen 3 Bulgaria, ada cara paling gila pemain mereka melengahkan perlawanan. Ia menimbulkan keresahan dalam jiwa dan sanubari kita.
Jordan Apostolov jadi tular kerana terjun dari stretcher
Jordan Apostolov hari ini telah mendapati dirinya menjadi tumpuan dunia kerana perbuatannya yang sukar dipercayai.
Dia beberapa taktik melengahkan masa dalam aksi di antara FC Balkan Botevgrad dan Belasitsa.
Pada kedudukan FC Balkan Botevgrad mendahului Belasitsa 2-1. Pemain mereka itu telah berpura pura cedera.
Para pemain Belasitsa hanya mampu melihat tindakan pemain itu.
Dia kemudian dirawat di atas padang. Melihatkan keadaannya yang kelihatan memerlukan rawatan rapi, Maka petugas medikal membawa stretcher untuk mengangkatnya keluar.
Ketika petugas sedang mengusungnya, Apostolov kelihatan agak resah di atas pengusung tersebut. Dan Tiba tiba Yordan Apostolov telah bergolek dan membuang dirinya daripada pengusung tersebut.
Tidak cukup dengan itu, dia berguling guling kesakitan persis aksi Neymar ketika Piala Dunia yang lalu.
Apostolov tuduh petugas medikal yang cuai
Pengurus dan kem pasukan lawan yang berada di tepi padang kelihatan bengang dengan tindakan Yordan Apostolov itu dan mereka memaki hamun pemain itu menuduhnya berlakon.
Pemain itu mempertahankan dirinya dan mendakwa petugas medikal yang cuai dalam mengendalikannya.
Seorang pegawai perlawanan terus bergegas masuk ke dalam padang selepas Apostolov mendakwa petugas medikal cuai dalam tugasan mereka.
Di tepi padang keadaan menjadi semakin tegang melibatkan para jurulatih, pegawai dan pemain simpanan.
Rakan rakan Apostolov kemudian meluru ke arah seksyen pasukan lawan dan bertekak dengan mereka.
Namun keadaan dapat ditenangkan semula. Dan Apostolov naik semula ke pengusung tersebut.
Anda boleh melihat telatahnya yang memalukan dalam klip di bawah:
Se ha desbloqueado una nueva forma de hacer tiempo: tirarse de la camilla. Leyeron bien. Pasó en Bulgaria 🇧🇬. Yordan Apostolov, de Balkan Botevgrad, fue el autor. pic.twitter.com/v03wuH0yHm
— VarskySports (@VarskySports) May 2, 2022
Netizen menganggap ianya sebagai ‘mungkin’ taktik melengahkan perlawanan paling teruk di dalam sejarah.
Mereka geli hati melihat telatah Yordan Apostolov yang cuba melengahkan perlawanan dengan memalukan dirinya.
Namun ada juga yang memuji semangat kental dia sedia menerima makian. Seterusnya menurut mereka, itu bukti Yordan Apostolov sanggup melakukan apa sahaja demi pasukannya.