Ingat lagi dengan nama Andrew Redmayne? Penjaga gol menari nari seperti badut yang menjadi wira pasukan Australia ke Piala Dunia dengan menjadi penyelamat penalti.
Australia terpaksa bertarung sehingga ke penentuan penalti ketika play off berdepan Peru. Australia membuat pertukaran minit ke-120, memasukkan Redmayne yang ditugaskan untuk menjaga gol ketika penentuan penalti.
Penjaga gol tersebut telah menari nari dengan lincah membuatkan dia digelar Dancing Keeper berjaya menjadi wira pasukannya.
Terbaru, dalam bola sepak domestik di Australia, Redmayne sekali lagi menjadi wira pasukannya. Dan perlawanan antara Sydney FC berhadapan dengan Central Coast Mariner, perlawanan rancak berakhir dengan 3-3.
Beni N’kololo membuka jaringan untuk Mariners sebelum pasukan tuan rumah mendahului 3-1 hasil daripada Adam Le Fondre, Anthony Caceres dan Max Burgess.
Michael Ruhs mendapat satu gol untuk Mariners sebelum tandukan Jason Cummings meleleh ke gawang dari sepakan sudut, lewat masa kecederaan.
Tiada lagi gol yang datang dalam 30 minit tambahan permainan di Leichhardt Oval, meninggalkan permainan untuk diselesaikan dari penentuan penalti.
Dalam penentuan penalti, Jason Cummings yang menjadi penyelamat pasukannya daripadda bungkus awal 90 minit, telah menganjing Redmayne. Dia bertanya dengan Redmayne: “Hey, tak ada tarian ke,” sambil mengajuk tarian penjaga gol itu.
Redmayne seperti biasa bergerak gerak di garisan gol itu. Dan Jason sedia untuk menghukum penjaga gol itu, Malangnya, Jason Cummings menjadi merah padam mukanya kerana penaltinya diselamatkan Redmayne dengan mudah. Teknik yang sama seperti yang dilakukannya ketika menentang Alex Valera dari Peru.
Ready for some more Redders 🧤 penalty shoot-out capers?
Check out the mind games going on in our Australia Cup win over the Mariners.#SydneyIsSkyBlue #AustraliaCup #SYDvCCM pic.twitter.com/CclX6e8F2q
— Sydney FC (@SydneyFC) July 31, 2022
Penalti Le Fondre kemudiannya diselamatkan oleh Yaren Sozer, sebelum percubaan Jacob Farrell melepasi palang.
Rhyan Grant, Max Balard dan Jaiden Kucharski semuanya semua meredakan detik cemas kepada kelab masing-masing. Sebelum kesilapan Storm Roux memberi peluang kepada Connor O’Toole untuk memenangi penentuan untuk Sydney dengan 3-1.
Sydney mara ke pusingan 16 terakhir, dan akan berusaha untuk memenangi trofi yang sebelum ini dikenali sebagai Piala FFA buat kali kedua, setelah menewaskan Adelaide pada masa tambahan pada 2017.