[VIDEO] Pemain Ini Menganjing Ronaldo Dengan Keraian ‘Siuu’, Ronaldo Balas Dengan 2 Gol

Penyerang Al-Hilal, Michael Richard Delgado de Oliveira, lebih dikenali sebagai Michael, membuatkan Cristiano Ronaldo agak malu apabila dia menganjing penyerang itu dengan keraian gol ikonik “Siuuuu” semasa perlawanan akhir Piala Juara Juara Arab.

Dalam perlawanan akhir yang sengit antara dua pesaing Riyadh, Michael adalah orang yang berjaya kebuntuan awal dalam perlawanan tersebut.

Selepas rehat separuh masa, pasukan bimbingan Jorge Jesus mendahului sebaik sahaja pembelian musim panas mereka Malcom, memberikan hantaran lintang tepat untuk mencari rakan senegaranya dari Brazil, Michael.

Bekas bintang Flamengo berusia 27 tahun itu, yang memperoleh gol pembukaan dengan tandukan terbang derasnya, telah memutuskan untuk meraikan gol dengan “Siuuu” di hadapan tuan badan yang ikonik dengan keraian itu iaitu CR7.

Niatnya jelas sekali mahu memalukan pemain legenda Portugal itu yang agak bergelut mencari gol dalam perlawanan tersebut. Di mana Ronaldo terlepas peluang keemasan pada awal perlawanan apabila percubaannya melambung tinggi.

Malangnya bagi Michael dan Al-Hilal, kerana penyerang veteran Portugal itu yang ketawa pada akhirnya. Ronaldo benar benar tahu cara untuk mengajar Michael erti penyesalan.

Ronaldo membalas penganjingan itu dengan 2 gol dan memberikan kejuaraan kepada Al Nassr yang juga trofi pertamanya di Arab Saudi.

Ronaldo menyumbat gol penyamaan pada minit ke-74, mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Dia menyusuli gol penyamaannya dengan menjadi penjaring kemenangan perlawanan sebelum digantikan berikutan kecederaan yang dialaminya pada lewat perlawanan.

Detik itu membuatkan ramai peminat mengingatkan Michael bahawa dia jangan sesekali bermain dengan GOAT. Ronaldo sudah membuktikan di sepanjang kariernya, ejekan dan sindiran sinis seperti itu hanya membuatkan dia semakin kuat.

Tak percaya tanya penyokong Atletico!

Ramai peminat menyatakan kegembiraan mereka untuk CR7 yang akhirnya menjulang trofi sekali lagi.

Ronaldo menyertai Al Nassr pada pertengahan musim lalu. Yang dia sendiri percaya langkah itu telah menjadi pembuka pintu kepada kehadiran lebih ramai pemain bintang dunia lain datang ke Liga Pro Saudi.

Ronaldo menerima pendapatan sangat lumayan di Al Nassr. Dan dia menyatakan dia tidak fikir dia akan kembali semula ke Eropah kerana bola sepak di sana sedang dirosakkan oleh UEFA.