[VIDEO] Pemain Ini Skor Dengan Gaya Shaolin Soccer, Puskas Memanggil!

Pemain asal Denmark iaitu Nicola Geertson mungkin baru sahaja melakukan gol paling epik untuk tahun 2020.

Mungkin ini bakal menjadi jaringan tercantik dan antara perkara terbaik dalam bola sepak Denmark di kala kesukaran tahun ini.

Ia adalah gol yang cukup gila dan epik. Malah ada yang melabel Geertson sebenarnya meng-assist dan menjaringkan gol dengan seorang dirinya.

Nicolai Geertson melakukan gol tipikal calon puskas itu ketika pasukannya Lyngby menang 9-0 ke atas Slagelse pada hujung minggu lalu.

Cantik gol dia!

Warganet menjadi gila melihat gol serupa itu yang sangat meletuskan minda dan kepala.

Di mana dia melakukan voli berganda untuk menjaringkan gol itu. Percubaan pertamanya, libasan guntingnya terkena palang, bola melantun semula ke arahnya, dan Geertson melancarkan sepakan ala Shaolin Soccer untuk menjaringkan gol itu.

Saksikan di sini:

Kelabnya terus mencadangkan agar gol ini dibawa ke pencalonan Puskas yang berikutnya.

Minggu yang cemerlang untuk gol lawan. Sebelum ini pemain Borussia Monchengladbach, Valentino Lazaro menjaringkan scorpion kick goal ketika berdepan Leverkusen pada masa kecederaan.

Di mana Giroud pernah memenangi Puskas dengan gol kala jengking satu ketika dahulu.

Pasukannya tewas 4-3 namun Lazaro berhak meraikan gol cantik itu.

 

Baca yang lain