Knuckleball memang satu teknik yang menjadi igauan ngeri buat penjaga gol. Kerana bola yang dilepaskan itu akan menukar arahnya mengejut pada fasa akhir.
Ianya dilakukan dengan standing foot ditanam dengan stabil dan buku lali dipusingkan pada waktu kaki menghentam bola.
Teknik ini menjadi senjata paling ampuh Juninho menewaskan penjaga gol sepanjang kariernya. Malah Pirlo pun berguru dengannya untuk mendapatkan teknik betul knuckleball.
Juninho adalah raja sepakan percuma yang tidak boleh dipertikaikan. Seorang pemain yang mengagungkan teknik knuckleball.
Pemain Brazil ini mencetak 77 gol melalui sepakan percuma sepanjang kariernya. Salah satu pencapaian yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pemain sehingga hari ini.
Dia memainkan peranan penting ketika Olympique Lyon menguasai kancah saingan League 1 Perancis sebelum Paris Saint Germain masuk dengan menggunakan kuasa wang.
Namun Juninho sempat membantu Lyon memenangi 7 gelaran kejuaraan dan banyak jaringannya terhasil dari situasi bola mati.
Tidak kira dibahagian mana atau berapa jarak dari pintu gol lawan, kemampuan pemain ini meletakan bola ke dalam jaring lawan agak tinggi.
Selain itu, Hakan Calhanoglu juga pemain yang sangat gemar dengan teknik ini.
Mario Arques melakukan The Juninho
Dalam aksi Kelantan FC berdepan dengan PDRM, pemain Kelantan, Mario Arques melakukan wondergoal dengan teknik knuckleball ini.
Beliau mewujudkan gol roket yang luar biasa sehingga pengulas pun jadi gila dibuatnya. Arques menyamakan kedudukan untuk pasukannya selepas ketinggalan hasil jaringan Lazarus Kaimbi.
Malangnya gol itu masih tak cukup untuk membantu Kelantan bangkit mendapat 3 mata. Mereka malah kalah 1-2 di tangan PDRM yang menambah satu lagi gol menerusi Bruno Suzuki pada minit ke-84.
Kekalahan ini merupakan kekalahan kelima buat Kelanta FC musim ini dalam usaha mereka untuk kembali semula ke Liga Super pada musim hadapan.
Kelantan kini 6 mata di belakang pendahulu Liga Premier, Sarawak United yang masih ada 2 perlawanan dalam tangan.