Jika bukan kerana VAR, bintang Bayer Leverkusen, Amine Adli menempuhi hari paling sukar kerana sudah tentunya dia telah tersilap dibuang padang kerana dua kesalahan simulasi menentang Bayern.
Namun, VAR membuatkan pemain asal Perancis itu menjadi wira pasukannya dengan cara tersendiri.
Mana tidaknya, dia telah memenangi 2 penalti yang membantu pasukannya menang ke atas gergasi Bundesliga, Bayern.
Pemain tengah kanan itu marah pada kedua-dua kesempatan selepas dilayangkan kad kuning dan dihukum kerana simulasi di kawasan penalti.
Nasib baik, VAR membantu pasukannya dan Xabi Alonso untuk mengubah keputusan pengadil dalam 2 situasi itu.
Exequiel Palacios dengan merupakan pakar sepakan penalti, memasukkan kedua-dua penalti ketika Leverkusen mematahkan gol separuh masa pertama daripada Joshia Kimmich untuk memastikan kemenangan yang tidak ternilai di Bay Arena.
Pada kekasaran pertama, pengadil awalnya merasakan Adli menjatuhkan diri di hujung kotak penalti.
Pemain itu bengang mendakwa kasutnya telah dipijak oleh pemain lawan. Dia sempat mengamuk dan menghempas kasutnya. Reaksinya benar benar bengang dan boleh mengundang kad kuning kedua dalam sekelip mata.
Pengadil masuk ke padang selepas melihat VAR. Dan membatalkan kad kuning kepada Adli. Kedua duanya dilihat bersalaman dan pengadil memberikan penalti.
Pada situasi kedua, situasinya, Adli dituduh melayangkan badannya. Dan pengadil sekali lagi melayangkan kad.
VAR sekali lagi membatalkan kad kuning itu. Pengadil masuk ke padang memberitahu Adli, kad itu dibatalkan dan mereka sekali lagi bersalaman. Penalti diberikan.
Ternyata Adli telah dikasari dengan satu rempuhan.
Saksikan detik pelik itu di sini:
Leverkusen naik ke kedudukan kelapan dalam Bundesliga, di mana mereka hanya sembilan mata daripada tempat Liga Juara-Juara Eropah.
Boleh dikatakan, Adli bukan satu-satunya yang berasa lega dengan campur tangan VAR pada kali ini.
“Satu-satunya perkara yang perlu dilakukan ialah mengambilnya dengan jenaka,” tambah pegawai perlawanan.
“Kami berpelukan antara satu sama lain semasa perlawanan dan juga selepas perlawanan. Sekarang dia menjanjikan saya untuk memberikan jersi itu.”