Amine Adli dan Jeremie Frimpong meraikan gol mereka dengan gaya sedang menghisap ganja.
Bayer Leverkusen menewaskan Fortuna Dusseldorf dalam aksi separuh akhir DFB Pokal ataupun Piala Jerman.
Sekaligus meneruskan rentak cemerlang skuad bimbingan Xabi Alonso yang sedang memimpin carta Bundesliga musim ini.
Bayer Leverkusen akan berdepan dengan Kaiserslautern pada aksi final nanti.
Satu perkara yang menarik perhatian adalah, keraian Jeremie Frimpong dan Amine Adli yang melakukan keraian gol gaya hisap ganja.
Adakah mereka akan dikenakan tindakan di atas keraian itu? Jawapannya tidak!
Ini kerana di Jerman ganja rekreasi sudah mula dibenarkan untuk diambil oleh orang awam bermula pada 1 April.
Dan keraian itu adalah satu bentuk sebagai menandakan tentang kebenaran hisap ganja di Jerman.
Frimpong and Adli‘s celebration after weed was legalized in Germany on April 1stpic.twitter.com/9YKzVcMrsi
— Total Football (@TotalFootbol) April 4, 2024
Seperti yang dilaporkan oleh BBC, Ahli Parlimen di Jerman telah meluluskan undang-undang, yang kini bermakna menghisap ganja di tempat awam akan menjadi sah pada 1 April.
Undang-undang yang diperkenalkan membenarkan pemilikan 25g ganja di khalayak ramai untuk mereka yang berumur lebih dari 18 tahun.
Namun setiap individu ada hadnya iaitu 50g dan memiliki satu sehingga tiga jenis sahaja.
Menteri Kesihatan Karl Lauterbach telah mendesak perubahan dalam usaha untuk mengurangkan ganja haram yang menguntungkan sindiket penjenayah di negara itu.
Parlimen negara itu bersuara dan keputusan 407 undi kepada 226 dicapai, dengan empat berkecuali.
Peminat yang pergi ke Jerman untuk kejohanan Euro akan datang mungkin boleh menghisap ganja dengan bebas, walaupun begitu, berbuat demikian berhampiran sekolah dan stadium serta kompleks sukan masih dilarang.
Bermakna peminat terutama dari England dan Scotland yang kaki pub boleh la menikmatinya di sana.
Namun begitu, kerajaan Jerman ketika ini dalam fasa kajian lebih mendalam perlaksanaan ganja rekreasi di negara itu.
Pada awalnya, kerajaan membenarkan farmasi dan kedai berlesen untuk menjual ganja tetapi ia telah dibatalkan.
Sebaliknya, ianya cuma boleh dijual di kelab sosial ganja yang berlesa. Namun kelab mesti mempunyai had 500 ahli sahaja dan banyak lagi peraturan lain harus diikuti.
Namun begitu, peraturan penggunaan ganja yang bakal dibenarkan pada 1 April ini boleh dimansuhkan serta merta pada tahun depan jika pembangkang yang merupakan puak konservatif berjaya merampas kerajaan.