VIDEO: Pemain Liverpool Menyanyi Si Senor Untuk Firmino

Roberto Firmino adalah pemain penting Liverpool terutama sekali di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Dan beliau juga merupakan salah seorang pemain kesayangan penyokong. Ini kerana kemesraan dan komitmen beliau di atas padang yang dikagumi.

Semalam Firmino menjadi penjaring gol kejuaraan untuk Liverpool. Hanya beberapa hari selepas beliau menjaringkan gol dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab.

Firmino menjaringkan gol yang sangat tenang berhadapan dengan pasukan Flamengo.

Firmino menerima bola daripada Sadio Mane. Sempat juga melakukan beberapa maneuver dan kemudian merembat tepat ke arah gawang gol.

Bagi mereka yang berkaitan dengan Liverpool, pastinya semua tahu, Liverpool ada lagu untuk Firmino yang berjudu Si Senor.

Korang pun mesti tahu punya lagu ni.

There’s something that the Kop wants you to know
The best in the world, his name is Bobby Firmino
Our number nine
Give him the ball and he’ll score every time
Si Señor
Pass the ball to Bobby and he will score

[Verse 2]

Boleh dikatakan ke mana sahaja para penyokong Liverpool berada, mereka akan menyanyikan lagu yang catchy ini untuk Roberto Firmino.

Dan Firmino sendiri menyukai lagu ini. Pernah menari dengannya di hadapan fans Liverpool.

Bukan itu sahaja, malah ini menjadi chant yang turut digemari oleh rakan-rakan sepasukannya.

Ia adalah chant yang penuh jiwa. Korang tengok dalam cabaran free kick di bawah ni, nak kena ada lagu dulu baru dia skor.

Dalam sesi fotografi Firmino dengan Piala Dunia Kelab, rakan-rakannya yang lain menyanyikan lagu Si Senor untuk beliau.

https://twitter.com/i/status/1208534795896143873

Mesti korang tertanya – tanya hasil sesi fotografi tersebut kan?

Nah:

Dan ini adalah gambar yang lain untuk tatapan anda pada hari Ahad ini.

Firmino menyertai Liverpool dari Hoffenheim. Beliau kini sudah menstabilkan dirinya sebagai pemain utama Liverpool dan Brazil.

2019 Firmino dan Alisson pastinya lebih indah. Jika yang lain ada 3 piala, mereka berdua ada 4 piala termasuk piala antarabangsa Copa America yang mereka menangi di bumi sendiri.

Baca yang lain