[VIDEO] Pemain No.2 Dunia Terajang Kamera, Dan Dikejutkan Rakan Senegara

Pemain no. 2 dunia, Daniil Medvedev telah memberikan alasan pelik kenapa dia menendang kamera penyiaran ketika perlawanan menentang Andrey Rubley di Western And Southern Open.

Kejadian itu berlaku pada set kedua. Di mana Medvedev bengang kerana terlanggar kamera ketika sedang beraksi.

Daniil tiba tiba menunjukkan reaksi mengejutkan semua dengan menendang kamera tersebut.

Kedua dua pemain tenis Rusia itu bertarung dalam aksi yang dianggap pemanas badan sebelum Terbuka AS. Medvedev menang set pertama sebelum kejadian tidak dijangka itu berlaku.

Medvedev menjelaskan kepada wartawan bahawa dia hampir patah tangan kerana bertembung dengan kamera itu.

Daniil Madvedev tidak suka dengan kedudukan kamera tersebut dan mengecam pihak penganjur kerana tidak meletakkannya di tempat lebih baik.

Dia kedengaran bercakap kepada pengadil: “Kamu tahu tak, tangan saya hampir patah sebab kamera tu.”

“Alihkan kamera itu. Kamu langsung tak kisah tentang keselamatan pemain.”

Daniil menambah dia mahu menyaman pihak penganjur kerana kecederaanya disebabkan kecuaian mereka meletakkan kamera di situ.

“Panggil fisio, saya tak boleh bermain, saya akan saman mereka ni,” kata beliau menunjuk kepada jurukamera.

Selepas kembali beraksi, Rublev menang buat kali pertama dalam sejarah kariernya dengan kemenangan dalam 3 set ke atas peserta pilihan.

Rublev mencatatkan skor 2-6 6-3 6-3.

Wartawan Lukas Weese melaporkan bahawa Medvedev memang sudah membuat aduan tentang kedudukan kamera itu sejak hari pertama beliau meninjau gelanggang sebelum kejohanan bermula.

Tidak sangka pula dia benar benar bertembung dengan kamera itu. Weese juga pelik isu itu masih berlarutan sejak hari pertama sehinggalah ke separuh akhir.

Lukas menegaskan bahawa, sukar untuk menyatakan Medvedev hanya mengutuk kamera itu kerana dia kalah. Sebaliknya dia memang tak suka dengan kedudukan kamera itu dari awal.