[VIDEO] Pemain No.3 Dunia Ini Ditendang Dari Kejohanan Selepas Menyerang Pengadil Dengan Memukul Kerusinya

Pemain nombor 3 dunia, Alexander Zverev telah ditendang keluar dari Terbuka Mexico selepas menyerang kerusi pengadil, kerana kekalahannya dalam kejohanan beregu.

Zverev,  pada Selasa mencipta rekod baharu dalam aksi tenis pada acara perseorangan sebagai aksi tenis paling lambat berakhir. Di mana dalam perlawanan menentang Jenson Brooksby, yang bermula pada 1.30 pagi waktu tempatan, berakhir pada 4.55 pagi.

Pemain asal Jerman itu kembali ke gelanggang sekali lagu pada malam berikutnya, untuk terlibat dalam perlawanan beregu dengan pasangan Marcelo Melo.

Pasangan itu Zverev tewas 6-2 4-6 10-6 kepada Lloyd Glasspool dan Harri Heliovaara, berikutan keputusan tie break, dan Zverev menjadi sangat marah kettika tie breaker 8-6.

Zverev menjerit kepada pengadil sambil berkata, “Lihat betul betul la di mana bola melantun. Ia 8-6 dalam tiebreak, lihat di mana bola melantun. Demi persetubuhan, ia adalah selari dengan garisan kamu.”

“Ia kat garisan kamu. Bodohlah.”

Tidak lama kemudian pemain Jerman itu dan rakan sepasukannya dari Brazil tersingkir dan Zverev tidak menerima kekalahan itu dengan baik, dia tiba tiba pergi ke arah pengadil dan memukul kerusi pengadil menggunakan raketnya beberapa kali ketika pengadil masih duduk di situ.

“Kamu memusnahkan keseluruhan perlawanan. Keseluruhan perlawanan itu,” kedengaran pemain itu menjerit sambil memukul kerusi pengadil.

Pengadil agak tergamam dengan tindakan Zverev.

Susulan tindakannya itu, pemain berusia 24 tahun itu, yang sepatutnya beraksi dengan rakan senegaranya, Peter Gojowczyk pada pusingan perseorangan seterusnya, telah ditendang keluar daripada pertandingan itu serta merta kerana berkelakukan ganas menyerang pengadil.

Kenyataan daripada panitia kejohanan mengesahkan berita itu, berkata, “Disebabkan kelakuan tidak ada semangat kesukanan pada akhir perlawanan, pemain beregu pada malam Selasa, Alexander Zverev telah dibatalkan penyertaan daripada kejohanan di Acapulco.”

Zverev antara nama yang dilihat berpeluang untuk menjadi pemain nombor satu dunia pada satu ketika, pada musim ini, disebabkan fakta pendahulu ranking semasa Novak Djokovic masih belum divaksinasi dan hanya dapat beraksi dalam beberapa kejohanan sahaja.

Penyingkiran daripada kejohanan perseorangan  akan menjadi tamparan buatnya kerana dia adalah juara bertahan di Acapulco. Lebih perit kerana dia tidak kalah dalam aksi perseorangan dan disingkirkan hanya kerana dia terlebih emosi.

Djokovic kini bermain di Dubai, dalam kejohanan pertamanya kembali sejak diusir dari Australia menjelang Terbuka Australia, tetapi masih boleh dipintas dalam ranking jika Daniil Medvedev memenangi Terbuka Mexico.

Baca yang lain