Kem Perak FC kembali panas dengan isu tunggakan gaji. Beberapa bulan lalu, isu yang sama berlaku sehinggakan De Paula melakukan keraian kontroversi dengan simbol dua jari dengan dislike. Tanda gaji mereka dua bulan dah tak dapat masa tu.
Kemudian Perak FC menyatakan isu gaji itu sudah diselesaikan untuk bulan Februari. Tetapi kini perkara tersebut kembali panas.
Wartawan Astro Arena, Hafizal Hamad dengan satu muatnaik status ringkas: “Di Ipoh mogok.”
Di Ipoh Mogok pic.twitter.com/8i38aTSCCd
— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) May 7, 2021
Koresponden T. Avineshwaran menyatakan bahawa para pemain Perak menunjukkan rasa tak puas hati kerana tunggakan gaji dan memutuskan untuk tidak menyertai latihan pada sebelah malam.
It looks like the Perak players are airing their displeasure over the unpaid wages. They have decided not to train today. #PafaOhPafa pic.twitter.com/KiBAyV324P
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 7, 2021
Satu lagi video dikongsi laman peminat Perak Power yang menyatakan solidariti mereka kepada pemain yang ditindas kerana tidak dibayar gaji.
Tahukah kome, tiada latihan dijalankan pada malam ini. Pemain-pemain boikot. #PerakPowerNakMampus #100TahunPerakJAHANAM pengurusan Perak fc bangsat pic.twitter.com/9CLpq0MEeJ
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) May 7, 2021
Selain itu pemain Perak, Kenny Palraj dikatakan terpaksa mempertimbangkan untuk menjual motosikal RXZ beliau kerana tunggakan gaji tersebut.
Tahukah kome. dengar cerita gaji player sangkut lagi nak dekat 3 bulan. sampai Kenny pun nak jual motor dia dah. CEO, pengurusan dengan exco buat apa? tak reti handle bola sila la berambus dengan kejinya. taakan seluruh rakyat perak sumpah 7 keturunan baru nak berambus. pic.twitter.com/Gb6XP4hYKo
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) May 6, 2021
Seperti yang dilaporkan beberapa media, beberapa pemain Perak sudah dihubungi beberapa pasukan lain. Shahrul Saad dan De Paula antara yang paling mencuri perhatian.
Tahukah Kome. dukacita dimaklumkan Pemain penting Perak Fc. shahrul saad sah mohon keluar dari Perak fc. dikhabarkan menerima tawaran dari Selangor Dan JDT. manakala de paula sah meninggalkan Perak Fc.
Terima kasih Pengurusan mosibat. pic.twitter.com/an7lqQdrJu
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) May 7, 2021
Seorang lagi koresponden Astro, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa Shahrul Saad menjadi barang panas yang dikehendaki pasukan lain.
Kapten Perak FC Shahrul Saad tak menang tangan dengan tawaran apabila difahamkan sebuah lagi pasukan berminat mendapatkan khidmatnya selepas Sri Pahang FC pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 6, 2021
Kerajaan Perak mati kutu nak bantu
Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menegaskan beliau bukan tak mahu membantu Perak FC lagi, tetapi menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya sudah memberikan keseluruhan RM4 juta untuk Perak FC. Terdapat dua pembayaran dibuat iaitu RM2.5 juta dan terbaru RM1.5 juta untuk membantu menyelesaikan tunggakan gaji sebelum ini.
Dipetik dari Utusan Online, Datuk Saarani berkata kerajaan Perak bukannya tak bersimpati tetapi sudah membantu yang termampu.
“Saya faham, saya tengok dalam Facebook ramai menyalahkan saya seolah-oleh saya tak peduli masalah gaji pemain namun terus terang saya katakan kerajaan negeri sudah berbelanja RM4 juta menggunakan duit GLC.”
“Saya minta maaf kepada peminat Perak, saya sudah membantu RM4 juta. Mereka (Perak FC) sudah datang berbincang dengan memberitahu masalah mereka dan saya kata saya hanya boleh membantu seperti mana yang kita telah beri.”
Saarani menambah: “Tidak betul kalau ada yang kata kerajan negeri tak langsung bantu. Saya telah mengambil inisiatif memujuk beberapa GLC untuk membayar gaji, sebenarnya itu bukan tanggungjawab saya, tapi saya tak mahu melihat kerosakan yang berlaku.”
Secara keseluruhan kerajaan negeri telah memberikan RM4 juta kepada bola sepak Perak iaitu RM2.5 juta untuk tunggakan gaji selama dua bulan sebelum ini dan baru-baru ini lagi bantuan sebanyak RM1.5 juta. https://t.co/5H4PFYRZrF
— Utusan Malaysia (@UMonline) April 8, 2021
Selain itu beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh membiayaai secara keseluruhan kos operasi Perak FC kerana wang itu digunakan untuk peruntukan lain termasuk pembangunan usahawan dan membantu golongan miskin yang memerlukan.
Beliau berkata: “Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira, tapi kalau saya bantu mereka (pemain bola) sampai RM40,000, RM50,000 sebulan malahan jurulatih RM180,000 sebulan, ini tidak adil.”
Selain daripada masalah gaji pasukan utama, Utusan Malaysia juga melaporkan bahawa Perak FC II juga mengalami masalah yang sama.
Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril menawarkan pegangan saham kepada mana mana pihak yang berminat membantu Perak FC menyelesaikan masalah yang melanda. BOD Perak FC menyatakan langkah itu terpaksa dibuat selepas Perak FC mengalami masalah kekurangan penaja.