Video: Pemain Remaja Sasaran Chelsea, Estavao Willian Pamer Aksi Cemerlang Dalam Debut Lawan Liverpool

Sebelum ini Endrick mencetuskan fenomena dengan kejayaannya mendapatkan kontrak dengan Real Madrid dan kemudian berjaya mendapat panggilan kebangsaan untuk negaranya.

Ketika bersama Brazil, Endrick turut mempamerkan aksi luar biasa dengan mencetak gol sulung untuk negaranya.

Kini satu lagi nama remaja yang muncul di Brazil iaitu Estavao Willian.

Pemain muda yang digelar Messinho oleh rakan rakannya sejak dari kecil. Nama itu turut digunakan oleh media Brazil untuk melabel Estavao Willian.

Pemain remaja itu telah diberikan debut profesional pada usia 16 atahun, 11 bulan dan 18 hari dalam aksi menentang Liverpool cawangan Uruguay dalam Copa Libertadores (UCL versi Amerika Selatan).

Lalu dia tidak berlengah untuk menggunakan kesempatan yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin. Dia malah berjaya mencetak 1 gol pada minit ke-66 untuk membantu kelabnya menang 3-0.

Chelsea sudah lama memantau perkembangan Estavao Willian. Sebelum ini PSG pernah membidan Estavao dan Endrick dengan harga kombo €90 juta.

Namun tawaran itu ditolak oleh Palmeiras. Kerana kelab itu merasakan bahawa mereka berhak mendapat harga lebih tinggi untuk dua pemain itu.

Endrick kemudian memutuskan untuk menyertai Real Madrid. Di mana kelab Sepanyol itu membayar €35 juta secara prinsipal dan bonus sekitar €15 juta lagi akan menyusul berdasarkan terma dan syarat lain.

Tumpuan dunia kini ke arah seorang lagi produk Palmeiras iaitu Estavao Willian. Palmeiras sedia mendengar tawaran daripada mana mana kelab terutama sekali dari Eropah untuk pemain remaja mereka itu.

Saksikan sendiri cuplikan kata jiran kita, di sini:

Baca yang lain