[VIDEO] Pemain Romania Ini Pilih Untuk Tidak Menjaringkan Gol Kerana Penjaga Gol Lawan Cedera

Telah tular seorang pemain di Liga Romania menolak untuk menjaringkan gol ketika dia menyedari bahawa penjaga gol lawan sedang cedera.

Kisah tersebut adalah antara kisah semangat kesukanan yang luar biasa di dalam sukan.

Sebenarnya, tiada masalah untuk Cosmin Matei menjaringkan gol itu memandangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan, dan pengadil tidak menghentikan permainan.

Namun dia memilih untuk meletakkan semangat kesukanan di atas segalanya.

Cosmin Matei bermain untuk Sepsi OSK. Mereka menjamu kunjungan Petrolul Ploiesti dalam aksi Liga 1 Romania.

Pasukan tuan rumah mendahului pada awal perlawanan menerusi gol Mario Rondon pada minit ke-16.

Kemudian Cosmin Matei memiliki peluang keemasan untuk menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada akhir babak pertama.

Penjaga gol Petrolul bertembung dengan salah seorang pemain Sepsi di dalam kotak penalti. Dan memberikan peluang kepada Cosmin Matei menjaringkan gol dari jarak dekat.

Pemain berusia 31 tahun itu kemudian melihat Ocatvian Valceanu – penjaga gol Petrolul – kesakitan.

Lantas Cosmin Matei seolah olah bertindak semulajadi mengeluarkan bola daripada permainan untuk membolehkan penjaga gol menerima rawatan.

Itu menunjukkan bahawa pemikirannya memang seorang yang baik hati. Dia tak teragak agak dalam keputusannya.

Pasukannya menambah gol lagi pada separuh masa kedua. Namun peminat lawan menganggap bahawa, lebih penting semangat kesukanan adalah pemenang sebenar dalam perlawanan ini, lalu mereka menerima kekalahan dengan terbuka.

Saksikan detik itu di sini:

 

Baca yang lain