VIDEO: Pemain Wanita Congo Koyak Dapat Kad Merah Terus Tumbuk Lawannya

Dalam satu kejadian menggemparkan berlaku pada perlawanan bola sepak wanita melibatkan DR Congo vs Maghribi, pemain Congo Ruth Kipoyi telah menumbuk lawannya di muka.

Ianya selepas Kipoyi tidak berpuas hati dan koyak dengan kad merah diterimanya. Insiden itu berlaku pada aksi persahabatan minggu lalu.

Peminat geleng kepala kerana ternyata aksi persahabatan itu tidaklah terlalu ‘friendly’ sebaliknya ada insiden yang ganas.

Pada kedudukan 2-1, memihak pasukan Maghribi, pemain berusia 26 tahun, Kipoyi dilayangkan kad merah kerana bentesan bahaya.

Beberapa pemain Congo membantah keputusan pengadil. Dan tiba tiba Kipoyi melancarkan tumbukan hook ke muka Yasmine Mrabet yang cuba menenangkannya daripada terlalu emosi.

Jika dilihat pada video, Mrabet memang tidak terlibat dalam konfrontasi sama ada secara verbal dan fizikal dengan Kipoyi.

Pemain lain yang menolak Kipoyi, dan dia pula terus melancarkan penumbuk ala Mike Tysonke arah Mrabet.

Peminat bola sepak meminta agar FIFA mengenakan tindakan seberatnya kepada Kipoyi yang jelas berkelakuan ganas dan tidak menghormati keputusan pengadil.

Malah ada yang menyatakan kesalahan itu layak untuk dihukum penjara sekalipun.

Seorang peminat berkata: “Mungkin tak cukup untuk hukuman seumur hidup tetapi sangat patut untuk gantung pada tempoh panjang.”

Maghribi menang 3-2 dalam perlawanan tersebut. Yasmine Mrabet kemudian menulis di Instagramnya tentang insiden itu.

Mrabet akan mengambil tindakan perundangan ke atas Kipoyi yang menurutnya sangat melampaui batas ketika di atas padang.

Mrabet berkata: “Keganasan seperti ini tidak dapat diterima. Semasa perlawanan, perbalahan pendapat biasa berlaku, ketegangan pun memuncak, namun ada garis sempadan yang kamu tak seharusnya pernah sesekali melepasinya.

“Insiden seperti ini diharap tidak membayangi tentang pembangunan bola sepak wanita dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pasukan pasukan dari Afrika menonjol di mata dunia sebab perkara selayaknya.

“Prosedur sepatutnya sedang berjalan untuk kami mengemukakan aduan tentang apa yang berlaku sebelum ini. Dan mulai sekarang saya sudah tak sabar [untuk aksi seterusnya].”