[VIDEO] Pemandu Ini Melakukan U Turn Di Curam Dengan Tenang

Satu video pemandu melakukan pusingan yang sukar untuk dijelaskan telah tular. Di mana lelaki itu melakukan pusingan u yang hampir mustahil di satu lorong, jalan sempit yang berbahaya.

Sebuah video, yang disiarkan di Facebook, menunjukkan sebuah kereta berwarna coklat perlahan-lahan berpusing dengan mengemudinya ke pinggir jalan sempit dengan sangat berhati-hati. Ia adalah video yang menarik dan mendebarkan hati pada masa masa yang sama.

Klip itu telah disiarkan di Facebook, di mana ia telah menjadi tular dengan lebih 7.1 juta tontonan. Klip itu dikongsi oleh laman Facebook bernama Supercar Blondie. Halaman ini diuruskan oleh Alexandra Mary “Alex” Hirschi. Dia seorang vlogger yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan terkenal dengan video automotifnya yang padu dengan kereta serba mewah – kebanyakannya kereta konsep.

Jelas sekali ianya bukan satu pusingan U yang mudah. Dan mungkin ramai yang akan memilih untuk cuba berundur sahaja.

Pada satu ketika dalam video itu, salah satu roda kereta itu turut terjuntai keluar dari jalan. Pemandu, bagaimanapun, menunjukkan ketenangannya, dan perlahan-lahan menggerakkan kenderaan dengan sempurna.

Selain berjuta-juta tontonan, video itu juga mengumpulkan banyak komen daripada orang ramai. Walaupun ramai yang kagum dengan bakat pemandu itu, tetapi ada yang tertanya-tanya mengapa dia tidak memandu kereta secara mengundur atau ke hadapan ke tempat yang lebih selamat ke hadapan sedikit?

Ada juga yang berpendapat, mungkin pemandu menemui jalan lebih sukar di hadapannya, membuatkan dia terpaksa membuat pusingan U. Kerana mereka berpendapat, mungkin di situ satu satunya ruang paling besar berbanding ruang lain.

Dan pada masa yang sama, pemandu memikirkan mungkin lebih sukar untuk mengundur di jalan tersebut berbanding memandu berhadapan.

Apa sahaja, jelas sekali ianya kemahiran dan keberanian yang hebat! Jika itu kita, kita mungki akan meninggalkan kereta tu kat situ je. Kredit kepada pemandu kerana membuat pusingan yang sangat berani itu, dan menunjukkan kesabaran yang tinggi.

Video itu muncul beberapa minggu selepas satu lagi perbuatan seorang pemberani yang serupa menjadi tular, yang menunjukkan sebuah kereta membuat selekoh yang sangat sempit dan berbahaya di tepi tebing.

Rakaman itu menunjukkan sebuah kereta berwarna biru tua di pinggir jalan sempit yang kelihatan seperti tebing dengan kejatuhan yang agak curam. Pemandu yang sangat berani memandu kenderaan itu boleh dilihat perlahan-lahan membelok dan memusingkan kereta sehingga mereka berjaya melakukan 180 di jalan raya seperti bukan masalah besar.

Kita harus mengakui: terdapat beberapa pemandu berbakat yang tidak kisah dengan risiko tambahan kerana mereka mempercayai kemahiran dan paling penting mereka serasi dengan kereta mereka.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai