Bukan perkara yang mudah gaji tidak dibayar di atas kerja yang kamu telah lakukan. Kerana kita semua bekerja untuk mencari wang dan menampung kos sara hidup kita dan dan keluarga.
Seorang pembaca berita di Zambia yang merupakan pembaca berita baharu / intern memberikan kejutan kepada syarikat penyiaran tempat dia bekerja.
Kabinda Kalimina muncul dalam buletin berita pada waktu perdana pada Sabtu.
Dan sebaik sahaja tamat muzik latar, Kalimina terus menarik nafas dan berkata: “Saya bekerja untuk membaca berita ya tuan tuan dan puan puan. Kita harus dibayar gaji.”
Dia kemudian menambah: “Kami belum dibayar,” merujuk dia dan rakan-rakan lain yang bekerja untuk TV KBN.
Setelah Mr Kalimina membuat kenyataan mengejutkan di udara itu, siaran langsung itu serta merta dipotong.
This is where Zambian legend at KBN TV, Kabinda Kalimina, went on LIVE tv to demand his unpaid salary during the main news bulletin.
Herh 😂 pic.twitter.com/5WXvN5VMdp
— Emma Adu-Gyamfi (@iam_adugyamfi) June 24, 2021
Kennedy K Mambwe, Ketua Pegawai Eksekutif KBN TV, mengeluarkan pernyataan di laman Facebook saluran itu dan memberikan peringatan kepada tindakan Kalimina.
Mambwe menuduh Kalimina ‘mabuk’, dengan menyatakan: “Sebagai pihak KBN TV, kami terkejut dengan tingkah laku mabuk yang ditunjukkan melalui klip video yang telah menjadi viral di media sosial dan dirakam oleh salah seorang penyampai sambilan kami selama ini dan telah menjadi buletin utama malam tadi.”
Ketua eksekutif tersebut turut memuji hasil kerja pasukan TV mereka yang sangat berbakat dan profesional, dengan ‘lelaki dan wanita yang kental’ mewakili organisasi itu sejak dua tahun kebelakangan ini.
Dia menyatakan bahawa KBN TV mempunyai ‘prosedur pengaduan yang sangat sistematik untuk semua anggota kakitangan di mana mereka dapat menyalurkan aduan mereka’ bukannya dengan cara itu.
“Oleh itu, tingkah laku malam tadi oleh Kabinda Kalimina tidak sesuai dan tidak mewakili siapa kita sebagai stesen,” tulisnya lagi.
“Kami sangat mengutuk tingkah laku yang keji seperti itu dan mendesak orang ramai untuk memperlakukan ‘Aksi Stun Satu Malam’ [One Night Stunt] itu dengan penghinaan.”
Mambwe mengatakan bahawa ‘siasatan’ sedang dilakukan ‘untuk menentukan bagaimana video penyampai sambilan yang mabuk itu boleh disiarkan dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang mungkin terlibat dalam video tersebut.
Di Facebook, Kalimina mempertahankan tindakannya, dengan menyatakan: “Ya, saya melakukannya di TV secara langsung, hanya kerana kebanyakan wartawan lain takut untuk bercakap tidak bermaksud wartawan tidak boleh bercakap.”
Kalimina kemudian tergelak mendengar CEO syarikat tersebut menuduhnya mabuk. Sedangkan pada hari itu sahaja dia sudah bertugas dalam 4 slot. Kalimina adalah pembaca berita sukan.
“Mereka kata saya mabuk, hahahaha, bayar saja gaji saya.”