Video: Pemeriksa Meter Potong Karan Balai Polis Selepas Polis Enggan ‘Kawtim’ Hal Saman

Marah kerana didenda, seorang tukang meter elektrik telah bertindak memotong elektrik di sebuah balai polis di India, di kawasan Thana Bhawan.

Insiden itu berlaku pada Selasa, 23 Ogos. Seorang pemeriksa meter yang dikenali sebagai Mohd Mehtab, sedang menunggang motosikalnya tanpa memakai topi keledar dan kemudian telah ditahan pegawai polis. Dia kemudiannya dikenakan saman kira kira RM355.

Dia kemudian meminta kawtim daripada pihak polis dan berjanji akan memakai helmet selepas ini.

Namun polis enggan memberikan kawtim kepadanya, malah memakinya kerana dituduh cuba merasuah mereka.

Dia tetap merayu kepada polis, mengatakan bahawa kesalahan itu tidak akan berulang. Bagaimanapun, anggota polis yang bertugas nampaknya berminat untuk mendengarnya.

Oleh kerana tidak mahu kawtim, penjaga meter tersebut telah bertindak pergi ke balai polis di kawasan tersebut dan memotong elektrik mereka.

Video tersebut telah tular.

“Gaji bulanan saya ialah RM300.000 manakala denda yang dikenakan ke atas saya ialah RM355. Saya meminta mereka (anggota polis) memaafkan saya, merayu agar mereka maafkan saya dan saya berjanji akan berhati-hati pada masa hadapan, tetapi mereka tidak menunjukkan belas kasihan,” kata Mehtab kepada The Times of India.

Video yang tular itu membuatkan ada netizen mengecam Mehtab sebagai tidak profesional. Dia sakit hati disaman dan mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di balai polis tersebut.

Bagaimanapun, jabatan elektrik memberi alasan berbeza untuk memutuskan talian elektrik. Mereka mendakwa balai polis itu mempunyai bil elektrik tertunggak yang mencecah RM3,072.

Jadi, syarikatnya mempertahankan tindakan Mehtab sebagai tiada unsur unsur balas dendam. Dia cuma menjalankan kewajibannya.

Lebih menarik, polis yang bertugas di balai tersebut cuba meminta Mehtab kawtim sikit, dan menunggu sedikit hari lagi untuk mereka menjelaskan tunggakan itu. Namun dia tidak mahu memberikan kawtim kepada mereka.

Kes ini bukan yang pertama di India. Kes yang serupa berlaku Jun lalu. Di mana seorang pemeriksa meter yang disaman oleh polis telah bertindak memotong bekalan kuasa ke balai polis Hardaspur.

Lebih mengejutkan, pemeriksa meter tersebut mendedahkan selama ini dia tutup mata je dengan balai polis tersebut yang memakai meter palsu untuk mengaburi orang ramai. Sebenarnya balai polis tersebut telah mencuri bekalan elektrik tanpa perlu membayar sesen haram pun.