VIDEO: Pemilik Almeria Menghantuk Zidane Sebab ‘Panas’, Lihat Reply Materazzi Tu

Korang masih ingat tak insiden pak Zidane menanduk Marco Materazzi satu ketika dahulu yang menggemparkan seluruh dunia.

Takkan lupa? Saya masa tu masih di kampus UM lagi. Tengok bola berjaga. Dahlah masa tu memang nak Perancis menang sebab Zidane.

Tapi tu lah. Ending yang agak sedih untuk sebuah kebangkitan. Tetapi itu tak akan pernah mencalarkan imej Zidane sebagai legenda sejati.

Beliau menerima hukuman di atas perbuatannya walaupun sudah bersara ketika itu.

Baru baru ini ada seorang peminat Zizou telah membangkitkan semula kenangan itu.

Beliau adalah Turki Al Sheikh, Pemilik kepada kelab Almeria.

Pemilik kelab itu telah bergurau kasar dengan Zidane.

Turki Al Sheikh ni berasal dari Arab Saudi. Beliau kemudiannya telah memuat naik status itu di twitternya. Ia terus menjadi tular.

Mulanya Turki Al Sheikh bergambar kenang kenangan dengan Zinedine Zidane. Kerana beliau bangga Zidane ada darah Arab sepertinya.

Turki Al Sheikh adalah peminat Zidane. Jadi peluang itu langsung tak dilepaskannya.

Selepas bergambar, Turki Al Sheikh kemudian meminta jurukameranya mengambil gambar khas. Dia kemudiannya telah menyondol Zidane dengan kepalanya.

Mengenang kembali momen ikonik Zinedine Zidane menanduk Marco Materazzi dalam aksi final Piala Dunia, 2006. Ataupun 14 tahun lalu.

Perancis tewas dalam penentuan penalti 5-3 selepas perlawanan terikat 1 – 1.

Agak ironi kedua dua pemain adalah penjaring gol ketika itu. Beliau bermain sangat cemerlang.

Zinedine Zidane menjaringkan gol pertama Perancis seawal minit ketujuh menerusi penalti. Marco Materazzi pula menyamakan kedudukan pada minit ke-19.

Itulah piala dunia terakhir untuk Zinedine Zidane yang terpaksa keluar daripada persaraan antarabangsa beliau demi membantu Perancis yang bergelut untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

Itu merupakan salah satu kebangkitan luar biasa oleh Perancis berinspirasikan Zinedine Zidane. Beliau telah menjadi nadi pasukannya dalam beberapa perlawanan pusingan kelayakan.

Zidane hampir sahaja mengulangi pencapaian membantu negaranya menjadi juara dunia seperti mana 1998. Apabila sentuhan beliau telah memberikan Piala Dunia pertama buat negaranya.

Siapa akan lupa detik final berhadapan dengan Brazil, Zidane menjaringkan 2 gol dalam final itu.

Berbalik kepada cerita si Turki Al Sheikh ini tadi, beliau telah membuatkan ramai terhibur dengan statusnya di Twitter.

Turki Al Sheikh memang dikenali sebagai seorang yang peramah dan kuat bergurau.

Beliau turut meletakkan kapsyen; “Bukan mudah kan? Apabila ada darah Arab [cepat panas].”

Kedua dua mereka kemudian tersenyum dengan gurauan itu.

Ada yang meletakkan komen: “Tenang bang, kan ada duit minyak Arab, tak perlu nak panas panas.”

Korang tengok reply Materazzi tu. Dia pun terhibur wei.

“Hai bos, apakabar, harap dapat jumpa dalam masa tedekat,” sambil letak emoji gelak.

Materazzi pun kawan baik si Turki ni.

Zinedine Zidane kini menjadi pengurus Real Madrid. Dan mereka masih dalam landasan persaingan kejuaraan liga.

Zinedine Zidane kembali menguruskan Real Madrid selepas musim penuh masalah untuk pasukan tersebut musim lalu.

Real Madrid musim ini berhadapan dengan krisis kecederaan melibatkan beberapa pemain utama mereka termasuk Eden Hazard.

Misi Zidane adalah membentuk semula pasukan Real Madrid yang digeruni.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan