Ianya akan menjadi salah satu detik paling unik dalam sejarah bola sepak. Romelu Lukaku yang menerima banyak kritikan kerana prestasinya pada final UCL, dan menjadi subjek kecaman peminat sepanjang jendela perpindahan telah dilayan bak seorang raja oleh AS Roma.
Pemilik kelab Dan Friedkin menunaikan janjinya untuk mempercepatkan proses penandatanganan Lukaku dengan membantu Mourinho memudahkan urusan menjemput pemain itu di Stamford Bridge.
Lukaku setuju dengan syarat menyertai Roma. Menunggu kedua dua pasukan memeperstujui syarat harga. Dilaporkan Chelsea setuju dengan nilai β¬6 juta untuk pinjaman setahun pemain itu.
Chelsea sebelum ini berkeras menyatakan bahawa mereka hanya akan menjual Lukaku secara tetap.
Namun penjualan Lukaku menjadi rumit. Pemain itu enggan menyertai kelab Arab Saudi kerana mahu menyertai Inter.
Malangnya Inter menamatkan rundingan kerana mengetahui pemain itu turut berunding dengan Juventus.
Usaha untuk ke Juve turut gagal kerana kelab itu hanya akan menadantangani Lukaku kalau mereka berjaya menjual Dusan Vlahovic β di mana ianya terus gagal dilakukan.
Pada minggu terakhir jendela perpindahan, Chelsea menukar polisi pada Lukaku. Mereka menerima perjanjian pinjaman. Dan Roma pantas bertidak.
Selepas rundingan intensif dalam beberapa hari, Lukaku akhirnya setuju dan kelab juga mencapai kata sepakat.
Dan Friedkin yang memiliki lesen mengendalikan kapal terbang telah memandu sendiri jet peribadinya ke London untuk menjemput Romelu Lukaku.
Di lapangan terbang Lukaku terharu dengan sambutan ribuan peminat AS Roma.
Lukaku kini akan bergandingan dengan Dybala di Roma. Selain itu dia juga kembali bekerjasama dengan Jose Mourinho.
Saksikan detik Lukaku mendarat di bandar Rom dan disambut bak raja oleh peminat Roma.
Roma fans welcoming Romelu Lukaku at the airport β landed in Rome after flight driven by club owner Dan Friedkin π‘π΄
Loan deal from Chelsea will be formally completed and signed on Wednesday. pic.twitter.com/8C2Hzn2ze2
β Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 29, 2023
Footage of Lukaku greeting fans πβ€οΈ
A warm welcome for Big Rom π pic.twitter.com/VVA6lJ8c4r
β Enzo πβ€οΈ (@pure_romanista) August 29, 2023
Lukaku sendiri jelas tergamam dan seolah olah tak percaya dengan sambutan penyokong Roma ke atasnya.
Welcome Romelu #Lukaku #asroma #roma #calciomercato π‘π΄ pic.twitter.com/k6SUX6UJk1
β Checco Oddo Casano (@CheccoCasano) August 29, 2023
Penerbangan Lukaku menjadi penerbangan paling banyak dijejak dalam sejarah penerbangan.
47,300 people were tracking Romelu Lukakuβs flight to Rome π±βοΈ
Thatβs a RECORD for the most tracked flight ever on flightradar.
The plane was also piloted by Roma President, Dan Friedkin π
via @CronacheTweet pic.twitter.com/Myj3wORUtF
β Italian Football TV (@IFTVofficial) August 29, 2023
Dan Friedkin memang orang penting dalam merealisasikan rundingan ini. Dia berjaya meyakinkan Lukaku dan Todd Boehly untuk rundingan kali ini.
Lukaku sebelum ini membantu Inter Milan menjuarai Serie A. Sebelum dia kembali semula ke Chelsea.
Namun segalanya serba tak kena pada kepulangan keduanya. Daripada aksi kurang meyakinkan di atas padang sehinggalah kontroversi mengkritik pengurus Thomas Tuchel dan kelabnya sendiri di dalam wawancara dengan Sky Itali.
Romelu Lukaku, set to land in Rome on Tuesday at 5pm Italy time π‘π΄π§πͺ
AS Roma owner Dan Friedkin will drive the private flight personally. π©οΈ
Friedkinβs work on the deal was crucial to agree terms with Chelsea owners, key factor β showing AS Roma ambition. pic.twitter.com/Ty2TfeuSYX
β Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 28, 2023