Peminat bola sepak di Asia terutamanya bengang melihat kebiadapan 2 orang penyokong West Ham yang telah ‘hijack’ temuramah pemain kebangsaan Thailand, Suphachok Sarachart dengan biadap sekali.
Mereka meraikan kemenangan West Ham ke atas Arsenal dan kemudian menganjing di hadapan wartawan.
Mereka berdua kelihatan sedang dalam keadaan mabuk. Suphachok hanya terdiam membiarkan dua orang putih itu berterusan bercakap dan menyatakan bahawa mereka menang 2-0 ke atas Arsenal.
Di ruangan komen, peminat kecewa dengan sikap orang putih yang dianggap perasan diri bangsa paling tinggi statusnya di dunia berbanding bangsa lain.
“Itu namanya sindrom putih [white syndrome] di mana mereka sentiasa menganggap diri mereka paling betul untuk melakukan apa sahaja dan merupakan watak utama,” tegas seorang netizen.
“Kenapa ada orang putih fikir mereka lebih bagus daripada bangsa Asia. Mengejek orang lain dan fikir ianya tidak mengapa,” tulis seorang lagi.
Seterusnya ada juga berkata: “Ini namanya semangat ketuanan orang putih, mereka datang ke Asia dan merasakan mereka boleh buat apa sahaja benda bodo macam ni.”
Ada juga membayangkan jika bangsa lain membuat begitu di tempat mereka, pastinya mereka akan belasah cukup cukup.
Itulah sebabnya kenapa penyokong penyokong bola sepak dari England terutamanya seringkali membuat onar ketika mereka berkunjung ke negara lain. Sikap angkuh dan biadap mereka membuatkan mereka sukar diterima masyarakat sesuatu tempat.
Korang saksikan sendiri di sini: