[VIDEO] Peminat Dedahkan Ternyata Ronaldo Bukan Masalah Utama Tetapi Kualiti Hantaran

Cristiano Ronaldo seringkali dikatakan sebagai perosak kepada sistem permainan Manchester United.

Namun satu video dikongsi peminat memperlihatkan antara masalah permainan Man United yang sebenarnya menjadi perosak kepada produktiviti Ronaldo.

Video tersebut dianggap video sedih campur kelakar pada masa yang sama. Di mana kualiti cross pasukan Man United sangat teruk membuatkan mereka tidak mendapatkan yang terbaik daripada aspek target man yang ada pada pemain veteran itu.

Cross pertama bola di belakang Ronaldo. Seharusnya bola itu berada di hadapan untuk diserang dengan kepala oleh Ronaldo.

Kemudian bola kedua pula terlalu ke dalam sehinggakan tak terjangkau oleh Ronaldo.

Ronaldo hanya mampu menunjukkan reaksi kecewanya kerana hantaran seperti itu.

Saksikan sendiri:

Akin berkata: “Jika Ronaldo adalah masalah bagi kamu, maka kamu ada masalah lebih besar.”

Beberapa bulan lalu, satu lagi video dimuat naik menunjukkan salah satu sikap pemain pemain Man United adalah suka melengahkan hantaran.

Ianya seringkali membuatkan penyerang terperangkap ofsaid dan tidak menerima bola pada masa yang tepat.

Selain itu, kualiti hantaran juga seringkali menjadi masalah besar di final third.

Jadi, aspek permainan berpasukan seharusnya menjadi isu yang lebih besar difikirkan oleh United ketika ini. Walaupun Ronaldo sudah mengubah corak permainannya kepada lebih sebagai no.9 berbanding dengan ketika dia masih muda dan laju dahulu.

Walaupun seringkali dianggap masalah utama United oleh sesetengah pihak, pemain berusia 37 tahun itu masih menjadi penjaring utama untuk pasukannya.

Ralf Rangnick bagaimanapun sudah menyatakan bahawa Manchester United perlu perlahan lahan memperbaiki aspek demi aspek dalam permainan mereka. Kerana adalah mustahil untuk melakukannya serentak.

Man United kini sudah mulai mencipta lebih banyak peluang gol berbanding sebelum ini. Dan pengurus asal Jerman itu mahukan para pemainnya lebih klinikal di hadapan gol.