Cristian Romero ketawa di depan muka Harry Maguire selepas kapten Manchester United itu menjaringkan gol sendiri.
Tindakan menganjing Maguire itu hanyalah kebahagian sebentar buat Cuti Romero apabila dia kemudian menjadi sebab kepada gol kemenangan Manchester United hasil jaringan Ronaldo yang melengkapkan hatrik.
Romero tidak beri peluang kepada Maguire untuk mengejek pemain tersebut ketika kedudukan 2-2. Maguire tertampan bola ke gawang sendiri dan gagal diselamatkan De Gea.
Romero menjerit di depan Maguire yang tertunduk lesu. Ianya satu lagi hari sukar buat Maguire yang terus menjadi mangsa kritikan kerana prestasi tidak menentunya.
Kira kira selepas 9 minit selepas itu, Cristian Romero bertanggungjawab ke atas gol kemenangan Manchester United secara taktikal.
Di mana dia terlepas marking dan membiarkan Ronaldo tidak dikawal untuk melakukan free header. Di mana rakan Romero cuba melakukan cabaran akhir ke atas Ronaldo. Namun Ronaldo melonjak tinggi dan menanduk deras bola.
Dapat dilihat dengan jelas Romero yang berada di hadapan Ronaldo seolah olah ‘memberikan gift’ kepada pemain veteran dari Portugal itu.
Life comes at you fast 🤷♂️ pic.twitter.com/Go9uyES8FM
— utdreport (@utdreport) March 12, 2022
Netizen kemudian menyerang Romero dan menganggap pemain itu baru sahaja memberikan United peluang mudah untuk gol kemenangan hanya selepas dia menganjing Maguire sebelum itu.
Roy Keane turut tidak bersetuju dengan tindakan Romero. Dawson pula menganggap ianya akan menghantui Romero selepas ini.
Keane berkata: “Tak elok macam tu, tak bagus, tak elok untuk bangkit semata mata nak buat macam tu. Kamu kena ingat, kamu juga seorang pemain, sila ambil perhatian, jangan risau.”
“Kamu tak boleh terlalu mengkritik Maguire. Saya juga bersikap kritikal ke atas dia, namun dia cuba melakukan yang terbaik [dalam situasi tadi]. Ianya kesilapan yang jujur dan semua perkara ini boleh berlaku dalam bola sepak.”
Bekas bek tengan Tottenham, Michael Dawson turut mengingatkan Romero bahawa insiden itu akan menghantuinya selepas ini.
Dawson berkata: “Jangan begitu. Ia akan kembali menghantui kami. Sudah tentu sebagai pertahanan kamu akan membuat beberapa kesilapan, tindakan seperti itu adalah tidak betul.”
“Kamu tak suka melihat keadaan seperti itu. Mana tahu minggu depan giliran kamu pula [melakukan kesilapan yang sama]
Gary Neville menambah: “Tindakan itu tidak bagus.”
🗣 "It comes back to haunt you, things like that"
Roy Keane, @GNev2 and Michael Dawson were NOT impressed with what Cristian Romero did to Harry Maguire 😡 pic.twitter.com/nEFGLwwDnX
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 12, 2022
Manchester United menang 3-2 dalam aksi yang mendebarkan di Old Trafford. Manchester United sangat memerlukan kemenangan penting ini dalam usaha mereka mahu mara ke UCL musim hadapan.
Korang boleh saksikan tindakan Romero itu pada gol kedua Spurs.
Viva Ronaldo
Ronaldo mencetak hatrik dalam aksi di hadapan penyokong sendiri. Sementar 2 gol Spurs adalah menerusi penalti Harry Kane dan gol sendiri oleh Harry Maguire.
Ronaldo menjaringkan hatrik pertamanya untuk United dalam Liga Perdana Inggeris pada 12 Januari 2008. Dan kira kira 14 tahun selepas itu dia kembali mencetak hatrik kedua EPL bersama United dalam kepulangan keduanya pada 12 Mac 2022.
12 January 2008: Cristiano Ronaldo scores his first Premier League hat-trick
12 March 2022: Cristiano Ronaldo scores his second Premier League hat-trick
14 years and 2 months later, he's taking home another match-ball. 🎩 pic.twitter.com/QIPiHH3Fjb
— Squawka News (@SquawkaNews) March 12, 2022
Selain itu, Cristiano Ronaldo juga menjadi pemain kedua paling tua selepas Teddy Sheringham untuk melakukan hatrik dalam Liga Perdana Inggeris,.
Ronaldo mencetak hatrik pada usia 37 tahun dan 35 hari ketika berdepan Spurs. Manakala Sheringham melakukannya ketika berusia 37 tahun 146 hari ketika menentang Bolton pada 2003.
Ronaldo masih ada kudrat untuk mencetak hatrik di masa akan datang.
At 37 years and 35 days, Manchester United’s Cristiano Ronaldo is the second oldest player to score a Premier League hat-trick, after Teddy Sheringham against Bolton in August 2003 (37y 146d).#MUNTOTpic.twitter.com/empSHRIAQM
— Stadium Astro 😷 (@stadiumastro) March 12, 2022
Ronaldo kini sudah menjaringkan 807 gol. Menjadikannya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk gol yang dikira dalam rekod FIFA – mengatasi Josef Bican dengan 805 gol.
Walaupun ada sesetengah pihak menganggap Ronaldo adalah beban di United, namun pemain berusia 37 tahun itu terus menjadi penjaring utama dalam pasukan Manchester United.