[VIDEO] Peminat Indonesia Kecam Ref Jepun Tak Beri Penalti Insiden Ini, Tapi Beri Kad Kuning

Penyokong Indonesia ternyata tidak faham bagaimana kekasaran dilakukan oleh Tieng Dung ke atas Dendy Sulistyawan tidak diberikan sepakan penalti.

Insiden itu berlaku pada minit ke-24. Pada kedudukan ketinggalan, Indonesia berjaya memecah masuk kawasan kotak penalti Vietman.

Namun gerakan cantik itu dimatikan dengan kekasaran yang jelas.

Keadaan menjadi tegang di atas padang. Pemain pemain Indonesia dan juga pengendali mereka, Shin Tae Yong menuntut penalti daripada pengadil.

Pemain Indonesia, Dendy Sulistyawan yang dikasari Van Hau dengan bentesan 2 kaki sekali lagi menjadi mangsa. Dia terduduk kerana kekasaran itu.

Ianya bukan body check atau shoulder check tetapi cabaran lewat dengan siku.

Pengadil awalnya seolah olah memberikan penalti kepada Indonesia. Selepas pengadil melayangkan kad kepada Tieng Dung. Namun peliknya itu tak berlaku.

Pengadil dari Jepun, Araki Yasuke malah mengarahkan drop ball dilakukan untuk menyambung semula permainan.

Lihat insiden ini:

Di media sosial peminat Indonesia tidak berpuas hati dengan pengadil.

Mereka menganggap pengadil tidak melakukan pengadilan dengan baik.

Perlawanan di antara Indonesia dan Vietnam berakhir 1-0 untuk 45 minit pertama.

Di nama Nguyen Tien Linh meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan seawal minit ketiga.

Berlaku juga dua insiden tegang melibatkan Doang Van Hau.

Bagaimanapun pengadil berjaya menenangkan keadaan dibantu oleh beberapa pemain lain yang tidak mahu pergaduhan berlaku.

Baca yang lain