[VIDEO] Peminat Mahu PSG Diberikan Anugerah Nobel Keamanan Selepas Messi Dan Ramos Berpelukan

Sergio Ramos dan Lionel Messi dalam karier mereka sering terlibat dalam perseteruan sengit ketika beraksi dalam El Clasico.

Terdapat beberapa insiden Ramos parap kaki Messi tanpa belas dan Messi memberikan reaksi marah ke atas Ramos.

Kedua duanya merupakan kapten kepada Real Madrid dan Barcelona sbeelum ini. Banyak kali Messi dan Ramos bertengkar di atas padang.

Namun kini, kedua-dua pemain itu sebenarnya adalah rakan sepasukan di Paris Saint-Germain.

Ramos bermain untuk Real Madrid dari tahun 2005 hingga 2021, sementara Messi pula bermain untuk Barcelona dari tahun 2004 hingga 2021.

Kedua dua pemain dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah kelab masing masing kalau pun bukan yang terbaik pada pandangan segelintir pihak.

Ramai yang menunggu bagaimana reaksi Ramos dan Messi apabila bertemu semula di kem PSG.

Ini selepas kedua dua pemain terpaksa meninggalkan kelab yang mereka sayangi kerana gagal mendapatkan kontrak. Beberapa bulan lalu, Ramos menangis dalam sidang media perpisahan dengan Real Madrid.

Kemudian beberapa hari lalu giliran Messi pula menangis atas alasan yang sama – terpaksa meninggalkan kelab yang dia cintai.

Ramos dan Messi menyertai PSG secara percuma. Dalam satu batch perpindahan percuma yang dianggap terbaik sepanjang zaman. Di mana PSG mendapatkan Messi, Ramos, Wijnaldum dan Donnarumma dalam satu jendela perpindahan yang sama — secara percuma.

Kedatangan Lionel Messi ke PSG mendapat sambutan yang penuh kemesraan daripada Sergio Ramos. Pemain berusia 35 tahun itu tidak menyangka akan berada dalam pasukan yang sama dengan Messi.

“Siapa sangka, betul tak Leo? Selamat datang,” tulis Sergio Ramos di akaun Twitternya sambil menunjukkan gambar jersi mereka berdua dijual bersebelahan di kedai rasmi.

Selain memberikan ucapan selamat datang, Ramos juga dilaporkan menjemput Lionel Messi untuk tinggal di rumahnya. Pada masa ini, Messi menginap di hotel Le Royal Monceau.

Hotel ini biasanya digunakan oleh pemain PSG sebagai kediaman sementara sebelum mencari rumah baru mereka di Paris.

Sergio Ramos, yang kini tinggal di sebuah rumahnya di kejiranan daerah Neully-sur-Seine, mengundang Lionel Messi untuk tinggal bersamanya. Kerana menurut Ramos, keluarga Messi mungkin tidak selesa dengan suasana hotel.

Satu video dikongsikan PSG memperlihatkan Messi bersalaman dengan beberapa pemain PSG dan kemudian berpelukan dengan Sergio Ramos. Ianya menjadi perkara yang membuatkan ramai peminat bola sepak teruja.

Messi dan Ramos juga bersembang dalam bahasa Sepanyol sambil kedua duanya tersenyum riang seperti pasangan pengantin baru diijabkabul.

Malah ada netizen yang meminta agar PSG diberikan anugerah nobel keamanan kerana berjaya menjadi pendamai antara Ramos dan Messi.

Ada juga mengusik bahawa ini juga mungkin petanda bahawa dunia dah menghampiri kiamat. Mana tidaknya, Messi dan Ramos sebelum ini ibarat anjing dengan kucing kalau bertemu. Dan ternyata mereka akhirnya bersatu jua di dalam pasukan yang sama.

Saksikan video tersebut di sini:

BACA JUGA:

Ramos Gembira Sepasukan Messi & Ajak Mereka Sekeluarga Tinggal Di Rumahnya Buat Sementara

Sergio Ramos dan Lionel Messi sebelum ini merupakan musuh sejati di atas padang. Di mana kedua dua pemain seringkali terlibat dalam beberapa siri pertengkaran di atas padang.

Ramos dikenali dengan gaya permainan kerasnya seringkali menggunakan aksi kasarnya ke atas Messi dalam el clasico.

Siapa sangka, kedua dua pemain akhirnya beraksi dalam satu pasukan yang sama. Lebih sweet lagi apabila Ramos menawarkan sesuatu kepada Messi dan keluarganya.

Messi sah menyertai PSG dengan gaji yang sangat tinggi sekitar EUR35 juta semusim termasuk bonus.

Messi meninggalkan Barcelona selepas gagal mendapatkan kontrak baharu kerana dilarang oleh FFP.

Messi sekeluarga ketika ini masih tinggal di hotel sementara mencari rumah baharu. Dilaporkan PSG sedang membantu mereka mencari rumah yang sesuai.

Sergio Ramos memahami bahawa anak anak Messi mungkin tidak selesa duduk di hotel dan sukakan suasana di rumah.

Lalu Ramos menawarkan rumahnya untuk didiami sementara Messi sekeluarga. Ramos sudah menghubungi Lionel Messi.

Ramos berkata kepada Messi: “Jika kamu sekeluarga mahu tinggal dalam suasana di rumah berbanding hotel, kamu boleh datang tinggal di rumah saya buat sementara.”

El Pais menyatakan bahawa Sergio Ramos sangat gembira dapat sepasukan dengan Lionel Messi dan bertekad akan mempertahankan Messi sama seperti rakan sepasukannya yang lain ketika di atas padang.

Selain itu, Ramos dikatakan sangat menghormati Lionel Messi sebagai seorang pemain yang hebat.

Beberapa bulan lalu, Ramos pernah meminta Messi agar tidak meninggalkan La Liga, kerana Messi adalah pemain penting buat liga tersebut.

Malah berseloroh, meminta Messi datang ke Real Madrid, jika kontraknya di Barcelona gagal dilanjutkan.

Ramos pada masa itu juga dengan wajah menganjing berkata dia menantikan saat Messi meninggalkan Barcelona agar kelab itu merasai erti penderitaan. Dan lebih bagus kalau Messi meninggalkan Barca dan menyertai Real Madrid, seperti mana dilakukan Luis Figo.

Ketika itu Ramos turut menawarkan rumahnya untuk Messi sekeluarga.

Ramos ketika itu berkata kepada Ibai Lanos: “Ianya satu penghormatan jika Leo Messi menyertai Real Madrid suatu hari nanti. Kami dah banyak sangat menderita sebab dia. Dan saya akan berasa gembira untuk menerima kehadirannya di sini.”

“Sebenarnya, lebih bagus untuk tidak menentang kamu, mungkin kendengaran bodoh untuk memperkatakan hal ini.”

“Dia dan keluarga dia boleh tidur di rumah kami sekeluarga untuk dua atau tiga minggu sementara mendapatkan rumah baru.”

Siapa sangka kedua duanya yang merupakan kapten Barca dan Real Madrid, masing masing gagal mendapatkan kontrak baharu dan terpaksa keluar dari kelab yang mereka sayangi.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo berharap pemain pemain baharu seperti Ramos dan Messi menimati kehidupan di kota Paris selain daripada menikmati aksi di atas padang.

Leonardo berkata: “Inilah kota yang penuh dengan keju, makanan, seni dan budaya. Ia juga kota sukan ragbi. Akhir sekali barulah bola sepak.”

Leonardo kemudian menjelaskan kepada Messi: “Di sini, kalau kamu tewas 3 perlawanan berturut turut, semua orang akan memaki kamu di jalanan. Jangan risau, keluarga kamu akan membiasakan diri dengan keadaan tersebut.”

Seterusnya Leonardo juga memberikan jaminan bahawa kelab kini menyediakan kawalan keselamatan khas di setiap rumah pemain untu mengelak insiden samun dan pecah masuk rumah berlaku terutama sekali ketika hari perlawanan.

Sebelum ini Angel Di Maria dan Marquinhos antara mangsa yang mengalami masalah tersebut.

Leonardo masih berusaha membantu Messi mencari rumah yang sesuai dan menepati citarasa keluarganya. Di mana Messi dan isterinya mahukan rumah yang berdekatan dengan sekolah untuk menyekolahkan tiga orang anaknya iaitu Thiago, Mateo dan Ciro.

El Pais juga melaporkan Messi rasminya keluar daripada kumpulan WhatsApp pemain Barcelona sebaik sahaja terbang ke Paris.

Pastinya ramai peminat sudah tak sabar menantikan aksi Messi dan Ramos di atas padang sebagai satu pasukan.

Jika dulu asyik bergocoh je kerja: