Aksi Syihan Hazmi di gawang ketika berdepan dengan Thailand wajar diberikan pujian. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa, tanpa Syihan, skuad Harimau Malaya mungkin menanggung nasib berbeza.
Malaysia atasi Thai
Malaysia berdepan dengan tuan rumah Thailand dalam aksi pertama King’s Cup 2022. Nama Corbin Ong pastinya menjadi tumpuan kerana dia menjaringkan gol pada masa sebenar dan menjaringkan penalti kemenangan.
Aksi dilangsungkan di Stadium 700th Anniversary Of Chiangmai.
Malaysia memulakan perlawanan lebih baik. Di mana pressing dari Malaysia hampir memerangkap penjaga gol Thailand apabila Darren Lok menekan penjaga gol Thailand di depan gawangnya.
Di barisan pertahanan Malaysia sangat tenang. Khuzaimi Piee menunjukkan kualitinya selaku pemain bek tengah.
Dia memenangi hampir kesemua
Thailand bergelut untuk mendapatkan rentak. Gerakan gerakan mereka dimusnahkan dengan agak mudah oleh Malaysia.
Kehilangan Chanathip Songkrasin kemudian memberikan impak kepada permainan Thailand menjadi lebih longgar.
Pada minit ke-33, Malaysia di hadapan menerusi Corbin Ong. Kredit kepada Safawi Rasid yang berjaya melakukan hantaran memukau dari kanan.
Corbin Ong melepasi kawalan dari arah belakang gol dan dengan kemas menampan bola masuk ke dalam gawang.
Separuh masa pertama, Malaysia di hadapan dengan 1 gol tanpa balas oleh pasukan tuan rumah.
Separuh Masa
48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022
THAILAND 🇹🇭 0-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ La'Vere Corbin-Ong 32'#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ovejpDgYW0
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
Separuh masa kedua Thailand memperbaiki rentak mereka. Mulai mencipta peluang awal.
Faisal Halim menggunakan kelincahan dan kelajuannya untuk mencipta peluang gol pada minit ke-54, tetapi dipintas oleh pertahanan Thailand.
Minit ke-60, Darren Lok memiliki peluang keemasan namun percubaan Darren Lok tersasar.
Thailand kemudian memiliki peluang keemasan menerusi Suphanat namun berjaya diselamatkan oleh Syihan Hazmi.
Syihan kemudian melakukan point blank save menyelamatkan tandukan pemain Thailand yang betul betul depan matanya.
Thailand terus cuba mengasak ke kubu Malaysia. Namun kreativiti mereka sangat lemah setakat ini.
Thailand mendapat 2 sepakan percum dari luar kotak pada masa kecederaan.
Sepakan percuma kedua adalah kerana kekasaran Azam Azih di luar kotak penalti yang turut menyaksikan pemain itu dibuang padang kerana kad kuning kedua.
Thailand menggunakan kesempatan terakhir untuk menyamakan kedudukan.
Perlawanan memasuki penentuan penalti. Dan Malaysia berjaya memenanginya dengan skor 5-3.
Keputusan Masa Penuh
48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022
THAILAND 🇹🇭 1-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Pansa Hemviboon 90'+5
⚽️ La'Vere Corbin-Ong 32'▶️ Malaysia menang penentuan sepakan penalti 5-3 & layak ke final bertemu Tajikistan#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ebwfuxWFsl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
Pujian buat Syihan Hazmi
Di ruangan Twitter, peminat memberikan kredit dan pujian kepada penjaga gol baharu Malaysia, Syihan Hazmi.
Astro Arena memuat naik kompilasi aksi aksi penyelamatan Syihan Hazmi.
S.S.Y.S !
Super Save Yang Sebenar!Berikan kata kata semangat anda kepada Syihan!#kingscup2022 pic.twitter.com/jSBAg366I0
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 22, 2022
Akhirnya kita sudah menjumpai pengganti Farizal Marlias, tulis seorang peminat lagi.
We always had to rely on Farizal Marlias on almost every #HarimauMalaya match
But now i think theres a suitable penganti… Syihan 👏👏 Literal MVP saved 3 times, and saved penalty gol to help 🇲🇾 win!! 🥳😭🎉
— HelloJR 🇲🇾 (@HelloBWJr26) September 22, 2022
Dengan 3 saves penting dan 1 save menafikan penalti Thailand, Syihan Hazmi dianggap selayaknya menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.
Syihan definitely will be man of the match.
3 vital saves and 1 penalty save.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 22, 2022
Aiman Roshizam berkata: “Tembok besar Syihan, gawang Malaysia ditutup hari Khamis.”
THE GREAT WALL OF SYIHAN 🔥
MALAYSIAN NET CLOSED ON THURSDAY 🔥🔥🔥 https://t.co/y2yS1QPbN7— Aiman Roshizam (@aiman_sekaiichi) September 22, 2022
Diharap prestasi Syihan ini akan terus ditingkatkan lagi. Kerana dia ternyata aset berharga dalam bola sepak Malaysia.
Keep calm and trust Syihan!
I know it is just a friendly, but to pull off those saves in front of those Thai fans… That's another level of audacity!
He is single-handedly keeping us in the game. Player of the second half so far!
Photo credit MFL pic.twitter.com/lHDGXyRIcr
— T. Avineshwaran (@avineshW90) September 22, 2022
Syihan 🔥 https://t.co/U27CN3vHgy
— Gurvinderjit Singh (@Gurvinvin12) September 22, 2022