[VIDEO] Peminat Man United Kagum Lihat Casemiro Sound Bruno Fernandes

Casemiro dilihat menyekolahkan kapten pasukan Bruno Fernandes selepas tamat aksi antara Man United dan Aston Villa.

Bruno Fernandes menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-39.

Namun itu bukannya bermakna pemain itu ada imuniti untuk melakukan kesilapan yang boleh merisikokan pasukan.

Casemiro sebelum ini pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada Bruno Fernandes walaupun ketika itu Man United sudah menjuarai Piala Carabao.

Ianya gara gara Bruno Fernandes tidak menghantar bola kepada rakannya ketika situasi berdepan Loris Karius.

Casemiro terus memarahi Bruno Fernandes atas dasar profesional. Kedua dua pemain sebenarnya tidak menyimpannya di dalam hati.

Peminat kagum dengan Casemiro, kerana menurut mereka mentaliti kemenangan seperti itu sangat penting ada dalam diri pemain Man United.

Walaupun sudah menang, kesilapan tetap perlu ditegur untuk diperbaiki pada masa akan datang.

Dalam aksi berdepan Aston Villa, Bruno Fernandes melakukan kesilapan pada minit akhir yang hampir membuatkan mereka keciciran mata.

Itu yang membuatkan Casemiro dengan tegas memarahi pemain itu.

Cara Casemiro menyekolahkan Bruno Fernandes dan cara Bruno menerima kritikan itu tanpa sakit hati telah membuatkan peminat kagum sekali lagi.

Mata Casemiro seperti nak menelan Bruno Fernandes.

Casemiro kemudian berpelukan dengan Bruno Fernandes, mengucapkan tahniah di atas gol kemenangan pemain itu.

Perkara seperti itu sebenarnya pasti akan membuatkan Alex Ferguson bangga.

Kerana ianya adalah berkaitan mentaliti dan profesionalisme.

Lama Utd Faithfuls menulis: “Ini yang berlaku apabila kamu ada beberapa pemimpin di dalam pasukan kamu. Persoalan, akauntabiliti dan profesionalisme.”

Davies berkata: “Maguire nak rasa rasa juga menjadi kalangan pemimpin. Casemiro memarahi Bruno Fernands kerana hilang bola pada sepakan percuma terakhir. Ini yang kita perlukan. Seorang pemenang yang memperbetulkan rakannya dan menuntut yang terbaik daripada satu sama lain.