Latihan shooting sebelum perlawanan oleh Newcastle United telah tular atas sebab yang tidak diingini.
Ianya mengundang rasa marah, kecewa dan tak percaya dari kalangan peminat Newcastle.
“Apa benda pasukan kita buat ni gais?.” tanya seorang penyokong Newcastle yang tak tahu sama ada nak gelak ke nak nangis.
Pasukan Newcastle hadir ke aksi bertemu Leeds selepas 450 minit tanpa gol. Dan akhirnya menamatkan kemarau jaringan pada minit ke-57 menerusi Miguel Almiron – yang menyamakan gol oleh Rapinha.
Tetapi akhirnya Newcastle tetap hampa selepas Leeds menjaringkan gol kemenangan menerusi Jack Harrison hanya selepas 4 minit daripada gol Almiron itu.
Lalu peminat Newcastle berkongsi sesi warming up dengan latihan shooting oleh para pemain mereka termasuk Callum Wilson dan Jacob Murphy yang cuba menguji penjaga gol Karl Darlow.
Sid berkata: “Macam tu warming up dilakukan [emoji gelak keluar airmata] Howay The Lads [cogan kata NUFC].”
Tak satu pun bola tersebut masuk ataupun on target. Mereka cuba melencongkan bola ke far post. Ternyata tidak berjaya.
That’s the warm up done 😂 Howay The Lads!! #nufc pic.twitter.com/3F21Gxop5C
— SID (@geordiesid) January 26, 2021
Mark pula membalas: “Wtf yang pasukan kita buat kat latihan ni bang.”
Wtf are we doing in training man 😂
— Mark ⚫️⚪️ (@MarkMazzocchi) January 26, 2021
Mancebo menganggap ianya satu hiburan dan berterima kasih kerana ada yang sempat merakam aksi kurang senonoh itu.
Glad someone caught this – was laughing my head off watching them
— Ben Mancebo-Thomas (@ManceboBen) January 26, 2021
Ada juga yang terkejut dengan kehebatan Darlow dan Dubravska sebagai penjaga gol. Kerana selama ini berlatih dengan penyerang dengan kualiti seperti itu.
Orang kata keeper yang bagus biasanya berlatih dengan penyerang yang bagus.
Ramai juga yang mencarut namun tak boleh disiarkan di artikel kerana polisi google adsense yang melarang perkara sedemikian dalam artikel beriklan mereka. Hmmm…