Tindakan pemain Turki memberikan jaket mereka kepada budak maskot ketika aksi mentang Jerman di Olimpiadstadion membuatkan netizen kagum.
Ianya menunjukkan kemuliaan hati pemain pemain Turki. Mereka melihat budak budak maskot itu yang kesejukan. Lalu mereka memberikan jaket mereka untuk menyelimuti badan kanak kanak maskot tersebut.
Seorang peminat berkata: “Mulianya hati mereka, sesuatu yang orang Jerman harus pelajari.”
Seorang lagi melihat tindakan pemain Turki itu benar benar spontan dan menganggap ibu bapa mereka harus bangga kerana sudah mendidik anak mereka dengan sebaiknya.
Ada juga yang mempersoalkan kenapa pihak penganjur tidak menyediakan jaket siap siap kepada kanak kanak yang berada di tengah padang pada waktu malam dan cuaca sejuk.vvvvvv
🥹 Respect to Türkiye players for taking off their jackets and giving it to the children so they don't get cold during the national anthems… 🇹🇷❤️ pic.twitter.com/RZ5stIjc01
— EuroFoot (@eurofootcom) November 18, 2023
Dalam aksi persahabatan tersebut, Turki mencipta sejarah menang pertama kali ke atas Jerman sejak 2005. Di mana skuad Turki berjaya menang 3-2 ke atas Jerman yang bakal menjadi hos Euro 2024.
Ianya kekalahan pertama Jerman di bawah kendalian Julian Nagelsmann yang sebenarnya melakukan home debut dalam di hadapan penyokong sendiri.
Turki ketinggalan awal dalam perlawanan ini apabila Kai Havertz menjaringkan gol seawal minit ke-5 perlawanan lagi. Namun Turki membalas 2 gol sebelum rehat menerusi Ferdi Kordioglu dan Kenan Yildiz. Pada separuh masa kedua Fullkrug menyamakan kedudukan.
Tetapi Turki membawa pulang kemenangan menerusi gol penalti minit ke-71 oleh Yusuf San.vv