[VIDEO] Peminat Terkejut Lihat Higuain, Lebih Mengejutkan Dia Memecut Atasi Lawannya Di High Line

Bekas penyerang, Napoli, Real Madrid, Juventus dan Chelseam Gonzalo Higuain telah menunjukkan perubahan fizikal yang sangat mengejutkan. Sebelum ini Higuain memang ada masalah berat badan, tetapi sekarang ini ianya nampak sangat sukar dipercayai.

Selain daripada badannya yang gempal, Higuain juga menyimpan jambang yang lebat.

Ramai peminat menegaskan mereka seolah olah tidak mengenali sosok tersebut yang berlari lari di atas padang dengan larian yang tidak selaju dahulu.

Higuain pernah beraksi untuk Chelsea sebagai pemain pinjaman pada 2019. Namun Chelsea tidak mahu mendapatkan beliau secara tetap kerana tidak menunjukkan prestasi menyerlah.

Higuain hanya menjaringkan 5 gol sahaja daripada hanya 18 penampilan. Dan Higuain sekali lagi bergabung dengan Sarri di Juventus selepas era di Napoli dan Chelsea.

Selepas hanya semusim di Juventus pada kepulangan semulanya, beliau dan Juventus setuju untuk menamatkan kontrak awal untuk membolehkan Higuain menyertai kelab milik David Beckham iaitu Inter Miami.

Dalam aksi di antara Inter Miami dan LA Galaxy, Gonzalo Higuain melakukan 1 assist dan 1 gol penalti.

Higuain membuka tirai jaringan menerusi penalti masa kecederaan separuh masa pertama.

Tetapi pada separuh masa kedua, bekas penyerang Manchester United, Javier Hernandez, menyamakan kedudukan pada minit ke-62.

Aksi Higuain paling menarik tumpuan pada minit ke-68 apabila Higuain tanpa disangka sangka mampu menewaskan perangkap ofsaid yang tinggi di atas padang dengan larian comelnya menuju ke hadapan gol.

Ketika berdepan penjaga gol, Higuain melorongkan bola square kepada rakannya Robbie Robertson yang tiada masalah menjaringkan gol terbuka.

Ada peminat terasa macam tak percaya Higuain mampu berada dalam situasi seperti itu dengan lariannya yang lembab. Seterusnya, ada juga yang menyindiri bahawa teruknya MLS sampaikan Higuain boleh menewaskan high line dengan lariannya.

Javier Hernandez terus menjadi mimpi ngeri dan pengacau aksi Higuain. Di mana pemain antarabangsa Mexico itu menambah gol lagi dan kemudian LA Galaxy menang 3-2 menerusi gol Kljestan.

Tamat perlawanan pasukan Beckham kalah di tangan bekas pasukan Beckham.

Para peminat tetap berbicara soal Higuain, malah ada yang tak nak percaya dengan apa yang mereka lihat pada bekas finalis piala dunia itu.

Ini Higuain atau Kratos, kata akaun Football Funny:

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan