VIDEO: Pengadil Ajar Pemain Sion Taktikal Di Atas Padang Berkaitan Ruang Dan Tukar Arah

Pengadil bola sepak terkena bola bukanlah perkara yang aneh. Namun seringkali itu juga apabila ia berlaku pasukan yang menyerang akan kecewa.

Peminat juga akan marah sebab dalam peraturan IFAB, apabila bola terbias atau terkena pengadil, maka permainan harus dihentikan dan dimulakan dengan sepak semula.

Dalam aksi di Switzerland, berlaku di mana pemain Sion telah menyerang ke kubu lawan mereka iaitu Young Boys atau YB, dan bola terkena pengadil.

Apa yang berlaku, pengadil sempat memberitahu pemain bahawa pemain di sebelah kiri padang sangat terbuka, kenapa perlu hantar bola ke kanan.

Pengadi Fedayi San telah menunjukkan bakatnya dalam taktikal dengan bercerita soal ruang menukar arah serangan kepada Sion.

“Segalanya terbuka di ruang kiri sana tu,” kata pengadil kepada pemain.

Para pemain Sion jelas suka menerima penjelasan pengadil dan memberitahu pengadil bahawa ada pemain mereka melakukan larian awal di sebelah kanan untuk menerima bola.

Dan gerakan itu dihalang oleh bola yang terkena pengadil.

Saksikan:

Swiss ref Fedayi San telling the Sion player that everything was open on the left side after getting hit
byu/ElComentador insoccer

Mujur Sion memenangi perlawanan itu 2-1. Hasil jaringan Ilyas Chouaref dan Dejan Sorgic. Sementara gol lewat YB menerusi Mboussy minit ke-81 menjanjikan penamat yang mendebarkan buat Sion.

Kemenangan ini menyaksikan Sion terus mara ke separuh akhir Piala Switzerland.

Dalam liga pula Sion masih selesa 7 mata di atas pasukan tangga kedua, Thun selepas 25 perlawanan. Mereka berpeluang menamatkan musim ini sebagai juara berganda.

Baca yang lain