[Video] Pengadil Dimaki Akibat Menghadiahkan Sepakan Penalti Kontroversi

Seawal perlawanan pertama selepas liga domestik disambung semula isu kualiti pengadilan terus menjadi topik perbualan hangat.

Kali ini melibatkan perlawanan Selangor 2 menentang Sarawak United yang berakhir dengan keputusan 1-1 di Stadium Manjung, Perak.

Perlawanan tersebut tidak dapat dilangsung di Selangor kerana negeri itu mempunyai kes jangkitan covid yang tinggi.

Malaysia Football League (MFL) pula tidak boleh menghentikan saingan liga kerana penaja akan menarik sejumlah wang tajaan jika perkara itu berlaku.

Dalam perlawanan tersebut tidak banyak peluang yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan pada babak pertama.

Peluang pertama hadir pada minit ke-43 Selangor 2 hampir mengejutkan Sarawak United apabila percubaan Saravanan Thirumurugan melakukan percubaan yang sedikit tersasar ke sebelah kanan pintu pintu gol Sarawak United.

Selepas itu Sarawak United melakukan serangan mengejut dan mereka meraih gol pendahuluan melalui Uche Agba apabila dia melepasi perangkap offside.

Agba kemudianya melakukan larian solo melepasi Sikh Izhan dan mudah menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.

Jaringan tersebut menjadi gol peribadi ke-9 Agba dalam 8 penampilannya bersama Sarawak United dan kekal sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana.

Sarawak United terus mengasak dan hampir menggandakan kedudukan namun percubaan dari Christie Jayaseelan tersasar di sebelah kiri pintu gol lawan.

Babak pertama berakhir dengan Sarawak United mendahului 1-0.

Selepas 3 minit babak kedua berlangsung pengadil perlawanan menghadiah sepakan penalti yang menurut dari kaca matanya bola terkena tangan pemain Sarawak United.

George Tehhteh Atram mudah menewaskan Sharbinee Alawee bagi memberi jaringan penyamaan buat Selangor 2.

Selepas jaringan tersebut Selangor 2 terus meningkatkan serangan dan hampir mendapat gol penyamaan melalui percubaan dari Syazwan yang terkena kaki pemain Sarawak United.

Selangor 2 kemudiannya menguasai hampir keseluruhan perlawanan namun gagal mencari gol kemenangan.

Lee Chang Hoon hampir membawa keluar Sarawak United sebagai pasukan pemenang tetapi rembatannya berjaya ditolak keluar oleh Sikh Izhan.

Kedua-dua pasukan sekadar berpuashati dengan keputusan seri dan meraih 1 mata.

Selepas perlawanan tamat beberapa pegawai pasukan Sarawak United tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan berkaitan penalti yang diberikan.

Disebabkan perlawanan berlangsung tanpa penonton, setiap perkataan yang dilontarkan kepada pengadil cukup jelas didengari.

Tidak pasti suara tersebut dari siapa tetapi jelas menunjukkan pengadil meminta maaf dan mengaku telah silap memberi memberi penalti.

“Last-last bagitahu saya ‘saya tak tahu lah‘. Bengongnya”

“Aku pun boleh jadi reff macam tu.”

Perlawanan tersebut telah disiarkan secara langsung di TVS TV yang boleh ditonton oleh semua peminat di facebook. Bola tersebut dilihat tidak terkena tangan tetapi hanya terkena muka pemain Sarawak United.

“Dia (pengadil) cakap dia silap, dah bagi penalti baru cakap dia silap”

“Aduh bola tak kena tangan pun.”

https://fb.watch/6P8PD2fEhP/

Ekoran dari keputusan seri tersebut, Sarawak United terlepas peluang untuk melebarkan jurang mata. Sarawak United kini mendahului carta Liga Perdana dengan kutipan 24 mata dari 11 perlawanan.

Diekori dengan N.Sembilan di tangga ke-2 dengan 22 mata dan Terengganu 2 dengan 19 mata.

Sarawak United hanya tewas kepada PDRM 0-2 pada April lepas

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil tindakan tegas apabila 2 pengadil digantung kerana gagal mengadili perlawanan dengan baik.

Fairuzi Mat Desa gagal mengesan simulasi yang dilakukan oleh pemain Petaling Jaya City (PJC) City, Khairil Anuar Zamri untuk meraih sepakan penalti.

Sebelum itu Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin gagal berada di tempat yang betul sehingga membuatkan penyerang kelantan, Jack Hindle marah kerana tidak boleh melakukan percubaan.