VIDEO: Pengadil Dipuji Kerana Tangkas Melindungi Kepala Neymar Dari Cedera Teruk

Pengadil Muay Thai Sittichai Ineiad menjadi sensasi internet. Ini setelah beliau dipuji kerana memastikan petarung Neymar Paeminburee tidak terasa impak lebih teruk.

Neymar bertempur dengan So Sovarathana di Kemboja dalam aksi pertarungan Muay Thai pada bulan Februari.

Sovarathana mendaratkan sikuan kuat dengan pertarungan hanya berbaki satu minit lagi untuk pusingan kedua.

Serangan itu secara tiba-tiba menjatuhkan Neymar dan dia kelihatan terhempas ke permukaan gelanggang.

Bukan aku la, meh la betumbuk!

Pengadil pertarungan dengan tangkas menyorongkan tangannya pada kepala Neymar untuk memastikan petarung itu tidak cedera lebih teruk.

Neymar ketika itu sudah tidak sedarkan diri kerana pengsan terkena penyiku daripada lawannya.

Pengadil yang hebat

Tindakan beliau itu dipuji.  Ini kerana pengadil tersebut juga telah membantu mengurangkan impak gegaran (concussion) pada kepala Neymar. Ia boleh menyebabkan Neymar trauma jika terhempas lebih teruk.

Malah pakar perubatan pun turut memuji tindakan itu yang menurut mereka mungkin telah menyelamatkan nyawa Neymar.

Ini kerana impak daripada jatuhan setinggi itu tidak siapa yang tahu. Ia boleh menyebabkan kecacatan jika tulang tengkuk Neymar patah jika silap landing.

Wartawan UFC dan MMA Ariel Helwani adalah antara mereka yang memuji Ineiad atas tindakannya yang berpotensi mengurangkan kecederaan lebih teruk kepada petarung itu.

Ramai peminat Muay Thai memfokuskan kepada aksi pengadil sehingga mereka terlupa akan ianya sebenarnya satu KO yang padu.

Saksikan aksi pengadil tersebut di sini:

Cekap bukan? Ini barulah dikira pengadil yang memang arif tentang tugasannya. Tindakan beliau memang nampak sangat spontan dan tangkas.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan