[VIDEO] Pengadil Ini Dituduh Salah Guna Kuasa Nak Bergocoh Dengan Pemain

Terdapat kontroversi dalam perlawanan antara Ipswich Town dan Northampton semalam. Perlawanan dianggap membosankan dan berakhir seri tanpa jaringan.

Dan lebih mengejutkan apabila pengadil bersemuka dan merenung pemain dengan pemain dengan hampir menghantuk pemain.

Pemain tengah Ipswich, Alan Judge, benar-benar mencabar kesabaran pengadil perlawanan, Darren Drysdale.

Dia beberapa kali melakukan faul, dan memaksa pengadil tersebut melayangkan kad kuning.

Tetapi sebelum kad itu ditayangkan rakaman yang kini menjadi viral menunjukkan pengadil yang geram telah menatap dekat dekat depan muka pemain.

Warganet tidak dapat menahan diri mereka daripada memberikan komen tentang perkara tersebut.

Ada yang menuduh Darren sebagai salah guna kuasa di atas padang kerana berkelakuan ofensif. Menurut mereka, Darren Drysdale boleh didakwa menghantuk pemain.

Netizen malah mengecam Darren dan menyatakan dia tak layak mengadili mana mana perlawanan walaupun liga sosial sekalipun.

Tetapi ada juga geli hati dan menganggap ia adalah perkara paling menarik daripada perlawanan tersebut yang membosankan.

Budak budak yang kata pengadil salah guna kuasa ni mungkin tak kenal Pierluigi Collina agaknya.

Lihat detik Collina berdepan dengan Repka dan Edgar Davids di sini, dah macam nak bertumbuk.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan