[VIDEO] Pengadil Kerasukan ‘Roh’ Pierluigi Colina Dan Menjerit Depan Muka Deulofeu

Perlawanan Inter Milan menentang Udinese diwarnai dengan tindakan mengejutkan pengadil, Juan Luca Sacchi yang dianggap peminat bola sepak telah kerasukan roh Pierluigi Colona.

Inter Milan menang 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Giussepe Meazza.

Bintang baru Inter, Joaquin Correa beraksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol pada minit 60′ dan 68′. Beliau ternyata menjadi bintang penting Inter pada perlawanan ini.

Kemenangan itu meletakkan Inter kini di tangga ke-3 dengan 24 mata dalam usaha mereka mahu mempertahankan kejuaraan Serie A. Udinese pula hanya mendapat 11 mata berada di tangga ke-14.

Satu insiden yang menarik perhatian perhatian adalah ketika pengadil, Juan Luca Sachi berkonfrontasi dengan pemain Udinese, Gerard Delofeu,

Delofeu membantah gol mereka dibatalkan kerana ofsaid. Delofeu menunjukkan reaksi berlebihan dan membuatkan Juan Luca Sacchi terus menengking balik pemain itu.

Tindakan Luca itu ternyata membuatkan Delofeu dan pemain Udinese lain kecut juga akhirnya.

Saksikan di sini:
\

Detik itu benar benar mengingatkan kita kepada Pierluigi Collina yang memang tak takut berdepan dengan pemain yang biadap.

Dia akan terus bersemuka dan menjeri di hadapan muka pemain tersebut sebagai tanda peringatan bahawa dia adalah pengadil dan harus dihormati.

Salah satu insiden paling popular pastinya ketika Collina bersemuka dengan Repka satu ketika dahulu.

Baca yang lain