[VIDEO] Pengadil Melarikan Diri Sambil Tersengih, Dikejar Pegawai WP Dengan Penumbuk

Aksi separuh akhir acara bola sepak Sukma dicemari dengan insiden pergaduhan dan mengejar pengadil di dalam padang.

Insiden itu berlaku dalam perlawanan antara Wilayah Persekutuan menentang Pulau Pinang. Di mana Pulau Pinang menang 1-0 untuk mara ke aksi final menentang Terengganu.

Gol tunggal perlawanan adalah dijaringkan oleh Irfan Mohd Nadzri pada minit ke-37.

Pada minit ke-88, berlaku kekecohan di atas padang apabila pemain Wilayah Persekutuan dilayangkan kad merah.

Tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, seorang pegawai pasukan Wilayah Persekutuan telah masuk ke padang dan mahu menumbuk pengadil.

Dia kemudian mengejar pengadil yang melarikan diri dalam keadaan santai santai dan tersengih.

Petugas keselamatan campur tangan dan pegawai tersebut ditangkap. Pastinya tindakan berat akan dikenakan ke atasnya.

Video insiden itu tukar di media sosial. Ramai yang meminta pegawai itu dikenakan tindakan berat kerana kelakuan ganas menyerang pengadil.

Saksikan di sini: